Guardiola Terbukan Senaraikan 9 Pasukan EPL Dengki Dan Nak Tendang City

Pep Guardiola dengan terbuka mendedahkan ketika ini ada 9 pasukan yang menurutnya dengki dengan kedudukan Manchester City pada hari ini dan mahu menendang pasukan itu dengan cara keji.

Guardiola kecewa kerana menurutnya Manchester City tidak melakukan apa apa kesalahan dari segi financial doping.

Itu dibuktikan dengan kejayaan mereka memenangi kes rayuan di CAS sebelum ini berdepan dengan pertuduhan oleh UEFA.

Pep Guardiola ditanya tentang janjinya dahulu, di mana dia akan angkat kaki jika Man City menipunya dan melakukan penipuan dalam pengurusan kewangan.

Guardiola berkata pada masa itu: “Pada hari saya tahu kamu berbohong kepada saya, esok saya dah tak ada kat kelab ini lagi dan kita tak akan jadi kawan lagi.”

Namun kini Guardiola berkata dia semakin bersemangat untuk terus kekal di Manchester City lebih daripada sebelum ini.

Hal ini kerana dia yakin pasukan itu bersih dan menepati piawaian pertandingan.

Bekas pengendali Barca dan Bayern itu berkata: “Saya tak akan berganjak daripada tempat duduk saya sekarang. Saya nak terus kekal, lebih kuat tekad untuk kekal di sini berbanding sebelum ini, saya pasti.”

“Kelab tidak berbohong kepada saya, lihat apa yang berlaku dengan UEFA, kami tidak melakukan apa apa kesalahan. Kenapa saya harus tidak mempercayai orang saya sendiri.”

Dalam sidang media yang sama dia menyenaraikan 9 pasukan EPL yang mahu City disingkirkan oleh UEFA daripada UCL musim hadapan.

Pasukan pasukan itu adalah Burnley, Leicester, Wolves, Newcastle, Tottenham Hotspur, Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

Guardiola menambah: “Mereka semua mahukan kami disingkirkan dari UCL kerana mereka mahukan tempat yang kami ada sekarang. Kedudukan yang kami dapat hasil kemenangan kami atas padang.”

Guardiola kemudian membidas EPL yang menurutnya telah melemparkan tuduhan tanpa bukti kukuh. Membuatkan Guardiola bimbang akan ada lebih banyak kelab di EPL menjadi mangsa tuduhan kelab lain dari kalangan kelab EPL itu sendiri di masa akan datang.

Guardiola berkata: “19 pasukan di EPL ini telah menganggap kami bersalah tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Apa yang kelab kelab lawan ini lakukan kepada kami, hati hati dengan cara mereka itu.”

“Hati hati di masa akan datang, akan ada lebih banyak kelab yang membuat cadangan tak berasas dan akan ada lebih banyak kelab menjadi mangsa difitnah seperti mana yang kami terima sekarang ini.”