Gubernur Indonesia Ini Mula Bina Masjid Di Gaza Dan Ianya Mirip PS5

Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil mengumumkan di Twitternya pada hari Rabun lalu bahawa mereka mulai membangunkan masjid wakaf di Gaza, Palestin. Masjid tersebut diberikan nama Masjid Sheikh Ajlin.

Peletakan batu asas untuk masjid dilakukan secara virtual dari Bandung. Kamil berkata: “Pada tahun 2014 masjid yang menghasilkan ribuan hafidz Quran musnah sepenuhnya oleh perang dengan Israel,” kata Ridwan di Twitter.

Kamil juga menunjukkan reka bentuk masjid. Uniknya, netizen Indonesia berpendapat bahawa bentuk Masjid Sheikh Ajlin mirip dengan PlayStation 5 (PS5). Macam mana boleh jadi?

Beliau menegaskan bahawa Masjid Sheikh Ajlin akan dibina 3 tingkat. Masjid ini adalah hasil bantuan para penderma warga Indonesia. Indonesia memang dikenali dengan negara yang sangat banyak membantu Palestine.

Ridwan Kamil menganggarkan bahawa Masjid Sheikh Ajlin akan siap dalam 14 bulan dari perletakan batu asas itu.

Walaupun pembinaan telah dimulakan, Ridwan Kamil terus mengajak masyarakat Indonesia untuk terus menderma. Ini kerana menurut beliau, mereka masih memerlukan dana tambahan bagi menyiapkan masjid tersebut.

“Masjid 3 tingkat ini masih memerlukan bantuan penderma dari Indonesia agar masjid ini dapat berdiri semula dalam 14 bulan akan datang. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Aamiin,” jelas Ridwan Kamil lagi.

Ridwan berencana untuk mengutip dengan lebih pro aktif selepas ini. Menurut beliau lagi, rekaan tersebut adalah atas pilihan ramai. Di mana pihak mereka membentangkan 4 reka bentuk untuk Masjid Sheikh Ajlin.

Namun, apa yang dipilih oleh majoriti penduduk Gaza di sekitar masjid tersebut adalah dengan reka bentuk yang unik. Masjid ini mempunyai gaya bangunan putih lengkap dengan tingkap kaca besar.

Terdapat satu menara yang tinggi dengan satu warna terang.

“Rekaan dipilih oleh warga Gaza, saya diminta merancang dan mengumpulkan dana. Dari 4 pilihan reka bentuk yang saya berikan, ini adalah pilihan yang dipilih oleh orang-orang Gaza. ”

Terdapat 3 struktur di depan yang mencerminkan falsafah Habluminallah, Habluminannas dan Hablumminalalam,” tambah beliau.

Rata rata netizen teruja dengan rekaan serba moden tersebut dan menggelarnya sebagai ‘Pray Station’ kerana rekaannya yang seakan akan PS5.

Baca yang lain