Gundogan Berhak Tamatkan Kontraknya Jika Tak Didaftarkan 12 Ogos Ini

Hanya enam hari sebelum mereka dijadualkan memulakan misi mempertahankan LaLiga menentang Getafe, Barcelona mungkin menghadapi masalah besar berkenaan dengan kontrak Ilkay Gundogan.

Ketika ini, mereka hanya mempunyai 13 pemain yang berdaftar untuk bermain dalam La Liga. Pemain seperti Gavi malah dikembalikan semula sebagai pemain yang didaftarkan sebagai kapasiti pemain pembangunan.

Imbangan atau tuas kewangan mereka sudah dibuat dengan penjualan 16% daripada Barça Studios, bernilai €60 juta. Laporta menganggap itu merupakan kunci kepada usaha mereka untuk mendaftarkan pemain yang telah bersetuju dengan kontrak baharu seperti Gavi, Ronaldo Araújo, Sergi Roberto, Marcos Alonso, Iñaki Peña.

Perkara itu sendiri sudah dijelaskan kepada Gundogan sebelum ini dan ia membuatkan pemain itu yakin datang ke Barca.

Namun pemain pemain yang melanjutkan kontrak  di Barcelona boleh sahaja kembali dengan kontrak lama mereka jika kontrak itu masih ada baki lagi.

Tetapi mereka masih tidak boleh menikmati kontrak baharu yang dilanjutkan itu. Namun jika kontrak itu berakhir pada musim panas ini, maka pemain berhak untuk meminta penamatan kontrak.

Tuas kewangan itu juga boleh digunakan untuk mendaftarkan pemain baharu seperti Ilkay Gündogan, Iñigo Martínez dan Oriol Romeu.

Socios dan Orpheus masih taungguhkan bayaran

Barca menjual sekitar 16 peratus pendapatan konten yang dihasilkan kelab kepada Socios dan Orpheus untuk meraih €60 juta.

Sepatutnya ia dilaporkan sudah cukup untuk mendaftarkan pemain pemain baharu atau dilanjutkan kontrak. Namun masalah berlaku apabila Socios dan Orpheus meminta untuk meninjau kembali kontrak kerjasamanya.

3 pemain ini sudah pastinya bermasalah untuk didaftarkan buat masa ini. Gundogan sudah awal awal menyediakan payung sebelum hujan.

Dalam kontrak semasa dengan Barcelona, Gundongan sedia menyertai kelab itu secara percuma. Namun dia mahukan jaminan dia didaftarkan sebelum atau pada 12 Ogos 2023. Yang merupakan hari perlawanan pertama La Liga menentang Getafe.

Ejen Gundogan melihat ada masalah di masa lalu dalam usaha Barca mendaftarkan beberapa pemain mereka yang terpaksa menunggu agak lama. Mujur Laporta sempat mendaftarkan pemain pemain tersebut.

Dan jika kontrak itu ditamatkan pada 12 Ogos – Gundogan masih ada ruang untuk mencari kelab baharu dalam jendela perpidahan musim panas ini.

Kini Barca bergelut untuk mendaftarkan beberapa lagi pemain yang mereka baru lanjutkan kontrak dan baru ditandatangani.

Berdasarkan peraturan semasa, La Liga menyekat Barca untuk mendaftarkan pemain baharu atau melanjutkan kontrak baharu.

Sehinggakan pemain seperti Gavi terpaksa kembali ke perjanjian sebelum ini sebagai pemain pembangunan. Jika berjaya mendapat keluluasan La Liga barulah Gavi akan menikmati semula faedah sebagai pemain kontrak profesional.

Sebelum ini Barca agak risau situasi itu membuatkan Gavi akan berpindah ke kelab lain secara percuma. Namun nampaknya pemain itu selesa di Barca.

Berbalik kepada Gundongan, ada klausa menyatakan jika dia tidak berjaya didaftarkan pada atau sebelum 12 Ogos, maka pemain itu berhak untuk menamatkan kontrak secara unilateral atau sebelah pihak – tanpa perlu membayar pampasan kepada Barca.

Barcelona boleh mendapatkan hasil jualan Dembele untuk membantu mereka dalam kewangan kelab. Di mana PSG dilaporkan sedia membayar €50 juta untuk membeli pemain itu. Namun terdapat satu klausa menyebut bahawa ejen Dembele dan pemain itu berhak mendapat €25 juta daripada penjualan itu.

Barca masih mempertikaikan keabsahan klausa itu kerana Dembele terang terangan mahu meminta pergi ke PSG dan bukannya kelab yang mahu menjualnya.

Barca optimis mereka akan dapat mendaftarkan kesemua pemain mereka sebelum liga bermula terutama sekali Gundogan.

Kerana mereka bersusah payah meyakinkan kapten treble Man City itu menyertai mereka secara percuma.

Walaupun Gundongan ada klausa dia boleh menamatkan kontrak itu jika tidak didaftarkan pada 12 Ogos ini, pemain itu mungkin boleh memberikan masa lagi kepada kelab itu kerana dia pernah menyatakan bahawa dia cuma mahu bermain untuk Barca jika meninggalkan Man City.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari