Taichi Master (Self Proclaimed) Scammer & Berlagak Ini Kena Rembat – KO Dalam 30 Saat Selepas Pertarungan Disambung

Seorang guru tai chi, Ma Baoguo telah menimbulkan kemarahan ramai sebelum ini.

Hal ini kerana dia suka merendah-rendahkan ilmu pertarungan tempur yang lain termasuk MMA dan petarung UFC.

Malah Ma Baoguo yang berusia 69 tahun itu telah memuat naik satu video ‘fake’ yang memaparkan betapa bagusnya ilmu taichinya berhadapan dengan petarung MMA – Peter Irving yang menurutnya merupakan juara Eropah.

Video tersebut telah berlegar di internet dan Ma menyatakan video itu bukan lakonan tetapi pertarungan sebenar. Namun video itu kemudian didedahkan sebagai palsu, dan lelaki dalam video itu adalah pelakon upahan Ma.

Akibat daripada video itu, ramai yang menuduh Ma sebagai scammer. Apa yang cuba dibuktikannya. Ma sebelum ini juga pernah klaim dirinya sebagi Tai Chi Master, walaupun lebih ramai guru taichi yang lagi handal daripadanya.

Dalam satu acara, Ma Baoguo telah mencabar seorang petarung MMA. Ma Baoguo sangat berlagak dan memberitahu dia sudah berpuluh tahun pengalaman dalam martial arts.

Lawan dia adalah petarung MMA junior di Shandong. Dalam pertarungan itu Ma beberapa kali sudah terjatuh ketika diserang oleh lawannya. Namun dia tetap mahu meneruskan pertarungan.

Pada mulanya ramai yang menganggap budak 20 tahun itu biadab dan membelasah orang tua.

Namun pendirian mereka berubah selepas melihart satu footage. Di mana, sebelum pertarungan, pengadil menasihatkan Ma untuk tidak meneruskan pertarungan itu.

Ini kerana pengadil merasakan pertarungan itu akan berat sebelah dan Ma dalam bahaya. Ma sudah beberapa kali tersungkur terkena tumbukan budak itu.

Jika dilihat pada footage, budak itu tidak terlalu agresif dan masih mengawal dirinya walaupun Ma berterusan menunjukkan lagaknya.

Pengadil berterusan menasihatkan Ma tidak meneruskan pertarungan sebanyak 3 kali. Pengadil mahu menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk menamatkan pertarungan itu.

Tetapi Ma pula yang memarahi pengadil itu dengan egonya. Pengadil itu berkata: “Saya ada satu syarat kepada gelanggang yang saya jaga, apabila saya kata jangan teruskan atau berhenti, maka pertarungan itu harus dihentikan. Kamu tak boleh meneruskan pertarungan ini.”

Pengadil melihat kondisi Ma sudah tidak stabil selepas beberapa asakan oleh petarung MMA itu.

Namun Ma dengan poyonya berkata: “Aku cuma takut seni tai chi aku ni menyakitkan korang. Aku tak takut.”

Pengadil terpaksa akur dengan Ma. Petarung muda itu terasa tercabar dan dihina oleh Ma.

Ketika pertarungan disambung, petarung MMA itu hanya mengambil 30 saat selepas pertarungan itu disambung untuk menang secara KO.

Ma terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan di dalam pertarungan tersebut. Dan beliau dikejarkan ke unit kecemasan.

Ma sebelum ini pernah memanggil juara Strawweight UFC, Zhang Weili sebagai bodoh. Dan berkata dia akan membelasah Zhang dengan mudah.

Ma sepatutnya tidak merendah rendahkan ilmu pertarungan yang lain. Martial arts ni ada banyak cabang. Dan kesemuanya ada kelebihan masing masing.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di