Bekas bintang Ghana yang gagal menyempurnakan penalti penting untuk negaranya di Piala Dunia 2010, Asamoah Gyan akhirnya tampil bersuara tentang perkara itu.
The Black Stars dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan, pada aksi suku akhir menentang Uruguay. Ini selepas Luis Suarez bertindak menjadi ‘penjaga gol’ menyelamatkan bola percubaan Diminic Adiyiah daripada masuk.
Suarez menerima kad merah kerana menafikan gol yang jelas. Ghana masih ada satu peluang untuk menyingkirkan Uruguay dan mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2010.
Namun percubaan Gyan melambung melintasi palang. Dan perlawanan diheret ke penentuan penalti. Yang akhirnya Ghana kalah.
Today in History, exactly 11 years ago, on 2 July 2010, Ghana's Asamoah Gyan missed a penalty in the dying seconds of extra time against Uruguay denying Ghana a chance to become the first African team to reach the World Cup semi-finals which broke hearts across the continent. pic.twitter.com/48fjRCvywZ
— GHANA FACTS & HISTORY (@GhanaianMuseum) July 2, 2021
Gyan yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya akhirnya tampil mempertahankan dirinya dan berkongsi pengalaman pahit dalam hidupnya selepas perlawanan itu.
Dia menerima banyak kecaman dan ugutan daripada peminat. Dia turut dihina dan ditroll di media sosial.
Menerusi satu siaran langsung di IG dia meroyan dan mengutuk rakan rakan sepasukannya yang lain pada masa itu sebagai pengecut.
Thoughts on this part of the Gyan rant guys? Calls out his playing mates and calls some* cowards for not explaining to the fans his PENALTY MISS. What do you think🤔? pic.twitter.com/65UM3wY1KW
— Adjor🔱 (@thekingadjor) January 2, 2025
Gyan berkata: “Apabila saya gagal menyempurnakan penalti itu. Saya telah diserang, mereka menyalahkan saya. Kerana menurut mereka saya harus menyerahkan penalti itu kepada pemain lain.
“Jadi, kenapa pemain lain tidak pergi ke depan masa itu untuk mengambil penalti itu? Sebab mereka takut, pengecut, saya akan tegaskan di sini – mereka adalah pengecut.
“Peminat boleh cakap apa sahaja yang mereka suka. Namun sekali sekala kita kena sekolahkan mereka. Kemudian sampai sekarang, tiada seorang pun pihak yang bercakap untuk mempertahankan saya.
Asamoah Gyan has called his 2010 World Cup teammates “cowards” for not stepping up to take the Uruguay penalty. pic.twitter.com/DNsE3JejTY
— Fentuo Tahiru Fentuo (@Fentuo_) January 2, 2025
Asamoah Gyan semakin lantang bersuara tentang bola sepak negaranya sejak akhir akhir ini menerusi sirang live IG. Sebelum ini dia melabel bola sepak Ghana hancur kerana ramai iblis bertopengkan manusia di dalam bola sepak mereka.
Itu yang membuatkan Ghana terus bergelut di peringkat antarabanga berdekad dekad lamanya. Kali terakhir mereka menang piala major adalah pada 1982, ketika bergelar juara Piala Afrika.
Kemudian mereka menelan 3 kekalahan di final dalam pertandingan itu. Gyan malah mendedahkan cabaran yang dia hadapi ketika era dia menjadi pemain.
“Mereka ini syaitan bertopengkan manusia di negara kita ini. Sebab itu kita tak boleh menang apa apa kerana manusia manusia ini. Mereka merosakkan imej bola sepak Ghana dengan memalitkan lumpur padanya,” kata Gyan yang tidak mahu mendedahkan nama mereka yang dimaksudkannya.
Gyan sebelum ini meletakkan jawatan sebagai ahli exco untuk Pembangunan Sukan Belia negaranya yang dipimpin oleh Dr Mahamudu Bawumia.
Kini dia fokus kepada membantu bakat bakat muda untuk dieksport ke liga utama Eropah menerusi Yayasan Asamoah Gyan.
Dia kini berusaha untuk membina akademi bola sepak sendiri, membina pusat latihan dan program bimbingan untuk membantu membangunkan bakat bakat muda di negaranya.