Erling Haaland kini berharap kepada Pep Guardiola untuk membantu mereka bangkit. Penyerang itu sendiri akui buntu kerana sudah banyak kali mempersia siakan peluang gol dalam beberapa perlawanan terakhir.
Manchester City menelan satu lagi kekalahan pahit di Villa Park. Di mana skuad bimbingan Pep Guardiola itu kalah 2-1 di tangan skuad Unai Emery.
Man City kini hanya menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir mereka. Dan sedang dalam rentetan 3 kekalahan berturut turut.
Sebelum ini mereka menelan 6 kekalahan berturut turut, dalam proses tersebut. Membuatkan Haaland kini benar benar berharap agar Guardiola akan membantu mereka.
Dia yakin pengurus itu ada formula untuk membantu mereka semua. Memandangkan dia sudah memiliki 6 kejuaraan EPL dalam 7 musim terakhirnya bersama dengan Man City.
Haaland benar benar tiada keraguan tentang perkara itu.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Haaland berkata: “Pertama sekali saya melihat diri saya. Saya gagal menyempurnakan peluang peluang gol yang saya ada. Saya tidak cukup bagus pada ketika ini.
“Dan saya perlu beraksi dengan lebih baik lagi, ternyata saya belum cukup bagus.
“Namun Pep ada 6 kejuaraan EPL dalam 7 musim terakhir. Dia akan mencari penyelesaian kepada masalah ini. Dia telah melakukannya setiap tahun. Kami percayakan dia.
🔵👀 Erling Haaland: “Pep Guardiola won the Premier League six times in seven years. We will never forget that, he will find the solutions”.
“We still believe in Pep, and we have to work harder than ever right now”. pic.twitter.com/yetEFSvFTW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 21, 2024
“Dan sekarang, kami harus bekerja lebih keras berbanding sebelum ini.”
Sementara itu Pep Guardiola meminta semua pihak di Man City agar terus berfikiran positif. Dia juga meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain pemainnya.
“Kami perlu berfikiran positif dan saya mempunyai kepercayaan yang luar biasa terhadap pemain,” kata Guardiola kepada TNT Sports.
“Sesetengah daripada mereka mempunyai kebanggaan dan keinginan yang luar biasa untuk melakukannya. Kita perlu mencari jalan, langkah demi langkah, lambat laun untuk mencari jalan kembali.”
Guardiola juga masih percayakan Erling Haaland ketika ditanya sama ada dia akan merehatkan pemain itu buat sementara waktu.
“Saya lebih memilih untuk bermain dengan Erling. Tanpa dia, kami mungkin lebih teruk daripada sekarang ini,” tambah pengurus asal Sepanyol itu.