Haaland Berasa Lucu Dituduh Tidak Ke Manchester United Kerana Duit

Penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland berasa lucu bila terkenangkan khabar angin  yang tersebar satu ketika dahulu, yang mengatakan beliau tidak mahu ke Manchester United kerana duit.

Ubi muda kelahiran Norway yang kini berusia 19 tahun itu telah sah menjadi pemain pasukan Borussia Dortmund pada bulan lalu.

Beliau menyelesaikan urusan perpindahannya ke Dortmund dengan yuran perpindahan £ 17.1M dari Red Bull Salzburg.

Sebelum beliau menyertai Dortmund, Haaland telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Red Devils pada jendela perpindahan Januari lalu.

Haaland pernah mempunyai sejarah dengan bos United, Ole Gunnar Solskjaer. Beliau pernah dilatih Ole ketika mereka bersama di Pasukan Molde.

Akhbar melaporkan Haaland akan ke United dan berita ini hangat dibual dikalangan peminat United ketika pemain antarabangsa Norway itu memuji bekas bosnya Ole.

Bagi Haaland Ole adalah individu terpenting dalam kejayaan kerjaya beliau.

“Ole adalah individu yang sangat penting bagi saya. Kerana Ole lah saya boleh berada di kedudukan seperti sekarang.”

katanya kepada media TV Norway Viasport.

“Tetapi saya membuat kesimpulan bahawa Dortmund adalah pilihan terbaik untuk saya.”

United dilaporkan tidak mampu memenuhi permintaan gaji  bekas penyerang RB Salzburg, tetapi Haaland telah menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai “lucu”.

Haaland tidak pernah menyatakan soal gaji dan Haaland mengatakan kepada media:

“Tidak, hal ini perlu diperjelaskan oleh penulisnya, bagi saya soal gaji tidak pernah menjadi permasalahan.”

“Mereka perlu menerangkan kepada saya jika mereka bertemu dengan saya, saya tidak terlibat di dalam hal itu.”

“Ia agak lucu jika saya dilabelkan begitu. Semua orang yang paling dekat dengan saya tahu saya bukan jenis begitu.”

Ada yang beranggapan Haaland akan merudum di Dortmund, tetapi buktinya beliau lebih menjadi ketika bermain di Liga Jerman itu.

Haaland telah menjaringkan dua gol ketika debutnya di Dortmund.

Erling Haaland telah membuat lima penampilan sebagai Penyerang untuk Dortmund dan telah menjaringkan lapan gol yang mengagumkan.

Haaland, yang baru-baru ini mendakwa tahap kecergasan beliau masih belum 100 peratus cergas, telah memuji peranan super ejennya Mino Raiola kerana menguruskan perjanjiannya di kelab Jerman itu.

“Dia yang terbaik di dunia dengan apa yang dia lakukan, dia adalah ejen terbaik,” katanya.

“Ramai yang mengatakan hal yang negative ke atas Mino, saya fikir mungkin kerana dia melakukan pekerjaan yang hebat untuk mereka yang bekerja.”

“Dia banyak membantu dalam kerjaya saya dan dia seorang lelaki yang baik.”

https://twitter.com/Aubazettes/status/1226227787436056578?s=19

Begitulah pujian yang Haaland berikan kepada super ejen beliau Mino Raiola.

Jadi jelas lah bahawa Haaland tidak ke United bukan kerana duit. Dan beliau ke Dortmund kerana itu adalah tempat terbaik untuknya.

Baca yang lain