Haaland Dan Sancho Catat Rekod Di Bundesliga

Borussia Dormund 5 Union Berlin 0
Jadon Sancho 13, Erling Haaland 18, 76, Marco Reus 68 (p), Axel Witsel 70

Erling Haaland dan Jadon Sancho mencipta sejarah ketika Borussia Dortmund membelasah Union Berlin 5-0.

Haaland menjaringkan gol ke-7 peribadi dari 3 penampilannya selepas tiba ke Dortmund. Jadon Sancho pula menjadi pemain paling muda di Bundesliga mengumpul 25 jaringan.

5,000 helai jersi Haaland terjual selepas dibeli dari RB Salzburg dengan harga €20

Dortmund turun dengan moral yang tinggi selepas menjaringkan 10 gol pada 2 perlawanan sebelumnya, tetapi Union Berlin terlebih dahulu melakukan ancaman.

Christopher Trimmel membuat hantaran lintang lengkung dari sebelah kiri melepasi kesemua pemain di dalam kotak penalti, tetapi tersasar dari gawang Dortmund.

Tidak lama selepas itu Jadon Sancho memecah masuk ke dalam pertahanan kompak Union, menjaringkan gol pertama Dortmund hasil dari percubaan yang terbias.

Dortmund berusaha menggandakan jaringan, 3 minit selepas itu Haaland menjaringkan gol ke-2 Dortmund melalui tapping berpunca dari hantaran lintang Julian Brandt.

Dortmund menguasai baki permainan separuh masa pertama walaupun pasukan pelawat boleh merapatkan jurang melalui percubaan volley Kevin Schlotterbeck hasil sepakan percuma Trimmel.

Union bertambah baik pada awal babak ke-2 namun ketinggalan 0-2 ia menjadi satu beban yang besar untuk dikejar. Union sekali lagi berpeluang merapatkan jurang namun percubaan dari Marius Bulter gagal mencari gawang.

30 minit terakhir perlawanan Dortmund terlalu kuat, Marco Reus menyempurnakan sepakan penalti selepas Haaland dijatuhkan oleh Gikiewicz.

Marco Reus banyak berfungsi sebagai penyerang Dortmund ketika Alcacer tidak konsisten pada musim ini

Axel Witsel menjadikan kedudukan 4-0 selepas 2 minit jaringan penalti Reus melalui percubaan jarak dekat, terhasil dari gerakan Sancho.

Haaland sekali lagi mencatat nama dalam senarai penjaring dengan penyudah yang bijak selepas menerima bola back heel Brandt.

Menjadi pemain pertama dalam sejarah Bundesliga, menjaringkan 7 gol dalam 3 perlawanan. Ia merupakan kemenangan ke-3 berturut-turut Dortmund menjaringkan 5 gol.

Dortmund menewaskan Ausburg 5-3 pada 18 Januari lepas, kemudian membelasah FC Koln 5-1 dan menewaskan Union Berlin dengan jaringan 5-0.

Sancho yang masih belum mencapai umur 20 tahun sudah mengumpul 25 gol, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah Bundesliga mencapaikan angka tersebut.

Pemain kebangsaan England ini juga sudah menjaringkan 11 gol dalam 11 perlawanan kompetetif, 12 gol di Bundesliga.

Jadon Sancho yang menyertai Dortmund pada 2017 terus berada di skuad utama walaupun hanya berusia 17 tahun

Sementara itu, Dan Axel-Zagadou membuat penampilan ke-50 bersama Dortmund selepas masuk menggantikan Achraf Hakimi pada minit ke-54. Marco Reus pula menyamai rekod Dieter Hoeneb.

Hoeneb berada di tangga ke-25 dalam carta all of time scorer dengan 127 gol Bundesliga.

Skuad kendalian Lucian Favre ini menyertai Bayern Munich (2019), Kaiserslautern (1984), Hannover 96 (1965) yang menang dengan jaringan 5 gol berturut-turut.

Dortmund kini berada di tangga ke-4 Bundesliga, 3 mata dibelakang pendahului Bayern Munich yang juga merekodkan 3 kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir.

Sementara itu RB Leipzig tercicir 3 mata dalam tempoh tersebut dan akan bertemu dengan pasukan di tangga ke-3 iaitu Borussia Monchengladbach.

Borussia Dortmund: Bürki – Piszczek, Hummels, Akanji – Hakimi (Zagadou 64′), Witsel, Brandt, Guerreiro – Sancho, Haaland (Reyna 77′), Reus (c) (Hazard 71′)

Union Berlin: Gikiewicz – Friedrich, Schlotterbeck, Subotic – Trimmel (c) (Ryerson 74′), Gentner (Prömel 68′), Andrich, Lenz – Malli (Becker 59′), Bülter – Andersson

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.