Haaland Dedahkan Dia Amalkan Minum Air Ditapis Dan Tak Makan McDonalds

Erling Haaland sedang menikmati musim musim terbaik dalam karier bola sepaknya.

Bersama dengan Manchester City, Haaland berterusan merobek gawang lawan mereka.

Pemain itu kemudian mendedahkan tentang diet beliau. Dan ternyata Haaland sangat mementingkan soal pemakanan sihat.

Bercakap kepada A Bola, Haaland berkata: “Perkara pertama yang saya buat selepas bangun pagi adalah memastikan mata saya mendapatkan cahaya matahari. Kemudian saya akan minum air kosong yang ditapis.”

“Saya rasa ianya memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada badan saya.”

Haaland kemudian menepis persepsi sesetengah pihak yang menyatakan bahawa daging adalah tidak sihat. Kerana menurut Haaland, mereka mungkin keliru antara daging segar dengan daging McDonalds yang merupakan makanan segera.

Haaland menambah: “Ada orang seringkali berkata bahawa daging adalah tidak sihat dan jangan makan [sambil menunjukkan bahagian hati dan potongan daging].”

“Adakah mereka bercakap tentang daging McDonalds ataupun daging lembu yang diternak?”

“Saya tidak makan McDonalds sama sekali,” tegas anak kepada bekas pemain Leeds dan City itu.

Amalan pemakanan Haaland telah membantu pemain itu berada di tahap terbaik untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Ketika artikel ini ditulis, Haaland sudah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Manchester City. Sedangkan musim masih belum sampai separuh lagi pun.

Haaland menyertai Man City musim ini dari Borussia Dortmund selepas City setuju mengaktifkan kluasa pelepasan sekitar GBP60 juta pada kontrak pemain itu.

Pep Guardiola gembira dengan perkembangan Haaland dan menyatakan dia berterima kasih kerana pemain itu memilih City dan mempercayai projek sukan di kelab itu.