Haaland Kesian Dengan Fulham Kena Scam Oleh Pengadil Dan VAR

Erling Haaland menyatakan dia benar benar simpati dan masih berasa bersalah ke atas Fulham apabila salah satu gol Man City merupakan daripada situasi ofsaid.

Gol kedua oleh Nathan Ake menimbulkan perdebatan dalam aksi kali ini apabila ada pemain Man City didakwa mengganggu penglihatan penjaga gol.

Kem Fulham membantah gol itu namun pengadil memberikan amaran kepada pengurus dan pemain Fulham agar menjaga tingkahlaku mereka.

Man City menang besar 5-1 dalam perlawanan tersebut. Dengan Erling Haaland mencatatkan hatrik pada separuh masa kedua.

Selain Ake, satu lagi gol City dijaringkan oleh siapa lagi kalau bukan Julian Alvarezz.

Selepas tamat perlawanan Haaland menyatakan bahawa Fulham telah menjadi mangsa pengadilan yang teruk.

Haaland berkata: “Pada pendapat saya ianya ofsaid. Saya rasa kasihan dengan Fulham. Kalau saya di tempat mereka pun saya akan meroyan dengan teruk. Dengan memikirkan situasi menimpa mereka, pastinya mereka merasa sangat teruk sekali.”

Komen Haaland itu mendapat perhatian ramai. Mereka merasakan Haaland mungkin akan berdepan dengan hukuman daripada FA kerana bercakap secara terbuka tentang kelemahan pengadil.

Peminat bola sepak memberikan pujian kepada Haaland yang dianggap telah bersikap Fair Play.

Ditanya tentang gaya permainan Man City tanpa Pep Guardiola di tepi padang kerana dalam proses pemulihan selepas pembedahan, Haaland berkata: “Ya sudah tentu berbeza sekali tanpa Pep di tepi padang. Namun pasukan kami masih bekerja ke arah matlamat yang sama.”

“Kami masih berhubung dengan Pep. Masih bercakap menerusi talian telefon, zoom dan kami tahu apa yang harus kami lakukan.”

Baca yang lain