Haaland: “Saya Dibawa Ke Sini Bukan Untuk Menang EPL Tetapi UCL”

Erling Haaland mendedahkan antara sebab utama dia dibawa masuk ke Manchester City adalah kerana UCL.

Walaupun Guardiola sebelum ini beberapa kali menyatakan bahawa keutamaan mereka adalah EPL berbanding UCL. Kerana menurutnya EPL lebih sukar untuk dimenangi berbanding dengan UCL.

Namun ramai pundit berpendapat, UCL memiliki cabarannya yang sangat berbeza dengan EPL.

Kini Haaland mengakui bahawa Manchester City sebenarnya memang bercita cita mahukan UCL berbanding EPL pada masa ini.

Itulah sebab utama dia dibawa masuk ke dalam pasukan itu dari Borussia Dortmund.

“Kelab ini mahu memenangi Liga Juara Juara Eropah. Mereka tidak membawa saya masuk ke sini untuk memenangi EPL,” tegas penyerang sensasi Norway itu.

Manchester City menewaskan RB Leipzig 7-0 untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 8-1.

Erling Haaland menjaringkan lima gol dalam perlawanan ini.

Manchester City dihadiahkan penalti pada minit ke-20 selepas Benjamin Henrichs tertampan bola dengan tangannya semasa pertarungan udara menentang Rodri.

Pengadil membuat keputusan berdasarkan penilaian VAR.

Erling Haaland mara sebagai pelaksana penalti dan berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Rembatan Haaland ke kiri boleh dibaca oleh Janis Blaswich, tetapi kekuatan bola yang pantas membuatkan penjaga gol RB Leipzig tidak dapat menghalang bola.

Manchester City juga berjaya mendahului 1-0 ke atas RB Leipzig pada minit ke-23. Hanya beberapa saat selepas gol pertama, Haaland sekali lagi menjaringkan gol menentang RB Leipzig.

Haaland, yang menerima hantaran jauh dari pertahanan, kemudian menanduk bola ke arah Kevin De Bruyne.

De Bruyne merembat kencang dari luar kotak penalti. Bola terkena palang dan Haaland berada dalam kedudukan yang betul untuk menanduk bola masuk ke gawang.

Haaland melengkapkan rekod hatrik pada masa kecederaan separuh masa pertama. Gol ini terhasil daripada tandukan Ruben Dias yang ditolak oleh Janis Blaswich dan terkena tiang.

Bola kemudian bergolek di atas garisan gol. Amadou Haibara cuba menghalang bola tetapi Haaland menutup ruang. Tendangan Haibara terkena Haaland dan bola masuk ke gawang.

Meraih tiga gol pada separuh masa pertama, Man City nampaknya tidak leka. Dalam tempoh 10 minit separuh masa pertama, Man City telah berjaya mencatat dua gol tambahan.

Ilkay Gundogan menjaringkan gol keempat pada minit ke-49.

Lima minit kemudian, Haaland sekali lagi menyenaraikan namanya di papan skor. Haaland menjaringkan gol hasi daripada keadaan kucar kacir yang berlaku di hadapan gawang RB Leipzig.

Selepas tandukannya dihadang oleh Blaswich, Haaland berjaya memenangi bola dan melepaskan rembatan kaki kiri dari jarak dekat.

Tiga minit kemudian, Haaland menjaringkan gol kelimanya. Haaland sekali lagi mengambil kesempatan daripada bola liar di dalam kotak penalti. Kali ini rembatan kaki kanan Haaland yang membuatkan bola masuk ke gawang RB Leipzig.

Haaland berjaya menyamai rekod yang dipegang Lionel Messi dan Luiz Adriano sebagai penjaring 5 gol dalam 1 perlawanan UCL.

Dan kini mereka berada dalam ‘kelab’ 5 gol dalam satu perlawanan UCL.

Pada minit ke-63, Pep Guardiola memutuskan untuk mengeluarkan Erling Haaland untuk digantikan oleh Julian Alvarez.

Ini berikutan perubahan permainan sebelum ini apabila Grealish dan Gundogan digantikan oleh Phil Foden dan Riyad Mahrez.

Selepas Haaland keluar, Man City masih cuba untuk mendapatkan gol tambahan. Gol ketujuh Man City akhirnya hadir pada masa kecederaan menerusi Kevin De Bruyne.

Man City menang 7-0 ke atas RB Leipzig dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan agregat 8-1.

Saksikan detik Haaland menjadi penjaring termuda dalam sejarah UCL untuk mencetak 5 gol dalam 1 perlawanan.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini je:

Baca yang lain