Haaland Sindir Trent Tak Pernah Menang Treble

Awal minggu ini pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold membandingkan nilai kejayaan Man City dan Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Di mana pemain antarabangsa England itu menyatakan bahawa nilai trofi di Liverpool lebih bermakna buat peminat dan pemain mereka berbanding dengan Manchester City, walaupun City memenangi lebih banyak trofi kebelakangan ini.

Namun menurut Arnold, dari segi faktor kewangan, Liverpool tidak berbelanja sebesar Man City. Selain itu Liverpool juga berdepan dengan skuad yang dianggapnya seperti mesin kemenangan iaitu City. Atas faktor inilah, kejayaan trofi di Liverpool lebih bermakna.

Erling Haaland kemudian membidas Trent Alexander Arnold yang ibarat mendakwa Man City membeli kejayaan dengan wang semata mata. Sambil mengejek pemain itu tidak pernah tahu rasa memenangi treble.

Liverpool kini memimpin Liga Perdana Inggeris hanya dengan 1 mata di atas Manchester City dan 2 mata di atas Arsenal yang kini berada di tangga ketiga.

Bercakap kepada Sky Sports Haaland berkata: “Liverpool adalah pasukan terbaik, mereka ada musim terbaik setakat ini, jadi kami akan memberikan tentangan terbaik.

“Saya rasa perlawanan City vs Liverpool sangat istimewa, jadi ianya akan menjadi perlawanan sangat sangat penting.”

Memberikan komennya tentang kenyataan Trent Alexander Arnold, Haaland berkata: “Jika kamu nak cakap macam tu silakan. Saya di sini baru setahun dan kami sudah memenangi treble. Perasaannya sangat luar biasa.

“Saya tak rasa dia tahu perasaan sebenar yang saya rasa musim lalu ketika memenangi treble. Ianya perasaan yang sangat indah.

“Mereka boleh bercakap sebanyak mana mereka mahu dan dia boleh berkata apa saja dia mahu. Saya tak tahu kenapa dia keluarkan kenyataan seperti itu namun saya tak peduli pun.”

“Musim lalu sangat menarik, saya rasa kami dalam persaingan kejuaraan yang mengujakan, dan mungkin ada pihak yang menganggap kami sudah terkeluar daripada persaingan pada satu ketika.

“Ianya perkara yang bagus, dan satu perkara yang bagus tentang EPL ni, ada banyak kelab yang berpontensi memenanginya. Dan kami akan cuba memenanginya sekali lagi. Ianya tak mudah namun kami dalam keadaan yang baik.”

Baca yang lain