Erling Haaland tidak faham kenapa wartawan mempersoalkan kemenangan Lionel Messi dalam Ballon d’Or dan FIFA Best baru baru ini.
Messi menewaskan Haaland dalam dua anugerah tersebut. Pemain Man City itu menjadi pilihan untuk memenanginya kerana kejayaan membantu Man City memenangi treble musim lalu.
Messi memenangi trofi domestik bersama PSG dan kemudian memenangi Piala Dunia 2o22 bersama Perancis.
Ramai peminat tetap beranggapan bahawa Haaland lebih berhak memenanginya kerana Haaland menikmati musim sangat prolifik.
Dia menjadi penjaring terbanyak di Eropah musim lalu dan memecahkan banyak rekod.
Dalam sidang media UCL minggu ini, seorang wartawan bertanya kepadanya, apa perasaan dia ketika seolah olah dirampas oleh Messi dalam anugerah seperti Ballon d’Or dan FIFA Best.
Wartawan itu berkata: “Kamu menjaringkan banyak gol dan Messi pula yang menang anugerah individu paling berprestij. Adakah dia harus bersara supaya kamu boleh memenanginya?
Haaland dengan tenang menjawab soalan tersebut. Dia malah mengiktiraf Messi sebagai GOAT.
Haaland kemudian menjawab: “Soalan tu bagus. Saya tak tahu.
“Dia menang Piala Dunia. Dan Messi adalah pemain terbaik yang pernah bermain, pada pandangan saya.”
🇦🇷 “You scored lot of goals and Messi won the most important individual awards, does he have to retire in order for you to win that?”.
🇳🇴 Erling Haaland: “Good question! I don’t know. He’s won the World Cup…”.
“Messi is the 𝐛𝐞𝐬𝐭 𝐡𝐚𝐬 𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐩𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝, I think”. pic.twitter.com/WOrmBaWfPM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 5, 2024
Erling Haaland musim ini meneruskan rentak cemerlangnya bersama dengan Manchester City.
Dalam carta liga Man City cuma 1 mata di belakang Liverpool. Dan kedua dua pasukan akan bertemu hujung minggu ini.