Haaland Tandatangani Kontrak 10 Tahun Bersama Man City

Erling Haaland telah menandatangani kontrak baru selama 10 tahun atau 9.5 tahun dengan Manchester City, yang akan mengikatnya dengan kelab sehingga musim panas 2034.

Haaland salah seorang penyerang terbaik dalam dunia bola sepak, pemain berusia 24 tahun itu telah menikmati dua setengah musim yang luar biasa sejak menyertai kelab dari Borussia Dortmund pada musim panas 2022.

Dalam kempen pertamanya di Etihad, pemain antarabangsa Norway itu terbukti sebagai salah satu nadi utama dalam kemaraan City menuju Treble bersejarah Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Di mana dalam tempoh itu, penyerang itu menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan – jumlah tertinggi yang pernah dijaringkan oleh pemain Liga Perdana Inggeris – serta merangkul jumlah rekod 36 gol liga, dengan Haaland juga memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

Sejumlah anugerah individu berprestij juga diraihnya termasuk anugerah Pemain Terbaik PFA, Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris dan Pemain Muda Terbaik. Haaland juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak.

Haaland kemudian meneruskan musim sulungnya yang memecah rekod di City dengan memberikan impak yang sama hebatnya pada musim lalu ketika City mencipta sejarah lagi dengan menjadi pasukan Inggeris pertama yang memenangi empat kejuaraan liga utama berturut-turut.

Walaupun diketepikan selama hampir dua bulan akibat kecederaan, Erling menjaringkan 38 gol yang menakjubkan dari 45 penampilan – termasuk 27 dalam Liga Perdana Inggeris – untuk melayakkannya meraih Kasut Emas buat kali kedua berturut-turut.

Pemain asal Norway itu sekali lagi berada dalam prestasi cemerlang setakat ini dalam kempen 2024/25, menjaringkan 16 gol dalam hanya 21 penampilan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan dari 28 perlawanan setakat ini.

Beliau kini berada di tangga ke-15 dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Mengulas mengenai kontrak barunya, Haaland berkata: “Saya sangat gembira dapat menandatangani kontrak baru saya untuk menghabiskan lebih banyak masa di kelab hebat ini.

“Manchester City adalah sebuah kelab istimewa, penuh dengan orang-orang hebat dengan penyokong yang luar biasa dan ia adalah jenis persekitaran yang membantu menghasilkan yang terbaik daripada setiap orang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pep, pasukan kejurulatihannya, rakan sepasukan saya dan semua orang di kelab kerana mereka semua telah banyak membantu saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka telah menjadikan tempat ini sangat istimewa dan kini saya adalah City tidak kira apa pun.

“Saya ingin terus berkembang, terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan berusaha sedaya upaya untuk membantu kami mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.”