Korang masih ingat dengan satu nama, Aman Shah? Dia bukan artis tu.
Tetapi seorang eksekutif bank yang dikaitkan penggodaman dan fraud mengambil 1 sen daripada setiap pelanggan bank untuk menjadi kaya.
Sebelum ini Aman Shah menyatakan terlalu banyak laporan yang tidak tepat tentang dirinya. Aman Shah juga menyatakan dia hanya dipenjarakan selama 3 tahun kerana kesalahannya.
Malah Aman Shah pernah menyatakan bahawa dia sudah lama bebas dan sudah pergi ke beberapa negara sekalipun.
Tetapi kisahnya tetap menjadi perhatian ramai sehingga ke hari ini. Apa yang mengecewakan Aman Shah, terlalu banyak tokok tambah di dalam cerita tentang dirinya.
Lalu Aman Shah sebelum ini menyatakan bahawa suatu hari nanti dia perlu tampil juga mendedahkan kepada umum tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Agar orang ramai mengetahui perkara sebenar dan dalam masa yang sama, mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.
Sebentar tadi, Aman Shah telah mengumumkan projek penghasilan buku tentang dirinya. Dan dia merancang buku itu ada 3 fasa utama.
Lalu Aman Shah mencari penulis yang berbakat untuk terlibat di dalam projeknya.
Aman Shah berkata:
“Abang anggarkan baru 10% penulisan sinopsis jer siap so far. Untuk disediakan kepada bakal bakal penulis, keluarga dan peguam.”
“This BLACK BOOK is a dangerous book hahaha.”
“Cadangan Abang untuk bahagi penulisan kepada 3 penulis tapi dalam satu buku.”
1) Fasa drpd kecil sehingga kes abang
2) Fasa kehidupan dalam penjara sebagai banduan
3) Fasa selepas abang dibebaskan sehingga sekarang
Fasa akhir, Abang sendiri akan tulis dalam buku tersebut pendapat abang tentang masa hadapan dan apa-apa pedoman yang boleh ditinggalkan untuk generasi akan datang. InsyaAllah..”
“Mengenai penulis-penulis, abang masih mencari-cari lagi. Baru 7 orang sahaja hantar biodata ke email Abang.”
“[Malah] produser-produser filem pulak yang lebih ramai.”
“Come on guys takkan satu Malaysia takde lagi penulis-penulis yang berbakat.”
“Cari, cari, viralkan.”
“Ada yang berminat tanya pasal gaji, elaun dan lain lain. Abang faham.. takkan la nak kerja free..Penulis-penulis yang dipilih nanti bukan kerja free.”
“Selepas PKP, ketiga-tiga penulis yang dipilih akan duduk , makan , minum dengan abang. Abang sediakan tempat tinggal dan semua kemudahan ..Abang akan bayar gaji bersih yg berpatutan seperti contoh RM00 sehari utk setiap penulis (boleh dirunding).”
“Abang tahu bukan ada benda free dalam dunia ni.”
Ramai yang suruh abang buat FB live dan Youtube channel sementara Abang siapkan buku.”
“Nanti Abg fikirkan.”
Beliau turut memberikan email: [email protected]
Jadi jika korang berbakat menulis, dan berminat bolehlah menghubungi tuan badan. Atau ada rakan anda penulis.