Had Gaji Barcelona Dikurangkan Kepada €204 Juta, Real Madrid Kekal €727 Juta

Had gaji Barcelona kini dikurangkan lagi kepada €204 juta sahaja berbanding €270 juta sebelum ini.

Angka itu akan menjadi satu lagi cabaran besar buat Barcelona. Kerana mereka sebelum ini dikurangkan daripada €648 juta kepada €270 juta dan kini cuma €204 juta.

Sebagai perbandingan seteru tradisi mereka, Real Madrid yang sedang dalam proses mendatangkan Kylian Mbappe, memiliki had gaji sebanyak €727.41 juta.

Angka itu sama dengan had yang ditetapkan ke atas mereka sebelum ini.

Walaupun Barcelona sebelum ini dilaporkan menjadi pasukan yang paling tinggi menjana wang daripada hari perlawanan, namun secara keseluruhannya, bermain di Montjuic memberikan impak dalam banyak aspek.

Barcelona terpaksa bermain di rumah sementara mereka, menunggu Nou Camp siap direnovasi.

Selain itu Barcelona masih menunggu bayaran daripada Libero yang masih berhutang dengan mereka setelah membeli sebahagian daripada Barca Studios.

Januari lalu, Barcelona tidak begitu aktif dalam jendela perpindahan. Mereka hanya membawa Vitor Roque dari Athletico Paranaense selepas Gavi cedera dan tersisih pada masa jangka panjang.

Dengan had gaji yang baharu ini, Barcelona dijangka akan sunyi sekali lagi pada jendela perpindahan akan datang. Kecuali mereka dapat menjual pemain dengan harga tinggi.

Deco sendiri menegaskan bahawa mereka akan melantik pengurus yang sesuai dengan bajet kelab. Barcelona tidak akan mendapatkan mana mana pengurus secara bayaran pampasan perpindahan atau meminta gaji terlalu besar.

Sementara Real Madrid pula dijangka akan sibuk pada jendela perpindahan akan datang. Di mana mereka akan mendapatkan Mbappe. Dan beberapa pemain lagi dalam radar Real Madrid dalam usaha membina projek baharu bersama Mbappe.

Baca yang lain