Had Gaji Barcelona Dikurangkan Lagi Dengan Darastik, Kini Hampir 3 Kali Ganda Di Belakang Real Madrid

La Liga mengeluarkan had gaji untuk setiap pasukan. Kemaskini terbaru La Liga menyaksikan Barcelona kini hanya dibenarkan mengeluarkan gaji €270 juta sahaja.

Sebagai perbandingan, musuh tradisi mereka Real Madrid kini berada di paras €727 juta untuk had gaji pemain.

Penurunan had gaji Barcelona itu benar benar teruk. Kerana sebelum ini pada Disember tahun lalu, mereka dikenakan had gaji €649 juta.

Selepas jendela perpindahan yang terbaru, had gaji itu dikurangkan kepada €270 juta sahaja, beza €379 juta berbanding sebelum ini.

Barca kini di tangga ketiga dari segi had gaji di belakang Real Madrid dan Atletico Madrid yang memiliki had gaji €280 juta.

Kenapa ianya berlaku?

Musim lalu Barcelona menjual beberapa aset mereka dan meraih €700 juta. Namun kemudian La Liga tidak menerima secara maksimum pendapatan tambahan yang digelar ‘lever’ oleh Barcelona itu.

Itu yang membuatkan Barcelona sangat tak berpuas hati dengan La Liga. Kerana mereka sudah menjual aset mereka. Namun pendapatan itu masih tak dikira sebagai pendapatan terjamin.

Pada musim panas kali ini, Barcelona menjadi mangsa kepada penangguhan bayaran €60 juta daripada pihak pembeli aset mereka.

Angka ini terus ditolak daripada jumlah had gaji pemain. Barcelona turut gagal mendapatkan wang mereka hasil penjualan aset mereka seperti yang dinjikan sebelum 31 Ogos.

Semua yang berlaku ini benar benar mencabar buat Laporta dan pengurusan Barca. Dan kini mereka perlu menerima had gaji yang sangat rendah iaitu €270 juta sahaja.

Agak sukar untuk mereka mendapatkan pemain baharu pada Januari ini. Mereka malah perlu menjual beberapa pemain untuk menambahkan pendapatan mereka.

Menurut laporan beberapa hari lalu, Barcelona berjaya mengurangkan bil gaji pemain mereka kepada €162 juta pada musim panas ini. Ataupun, gaji mereka berjaya dikurangkan daripada €566 kepada €404.7 juta.

Pemergian beberapa penerima gaji besar seperti Sergio Busquets, Jordi Alba, dan Ousmane Dembele telah menyumbang kepada perkara ini – seperti yang dijelaskan oleh Laporta.

Enam bulan lalu, Barcelona hanya kira kira €35 juta daripada had gaji Real Madrid.

Malangnya, kelab terus berdepan dengan masalah eknomi. Kesan daripada peninggalan Bartomeu yang sangat tinggi impaknya. Kerana pada masa itu kelab hampir lumpuh berdepan risiko covid-19.

Pada satu ketiha Barcelona berhutang sehingga €1.3 billion.

Selain daripada big three (Real, Atletico dan Barca) dalam La Liga, terdapat 4 kelab yang diletakkan had gaji di atas €100 juta iaitu Sevilla (€168 juta), Villarreal (€143 juta), Real Sociedad (€124 juta), dan Athletic (€100 juta).