Hadin Azman Memiliki Kualiti Tambahan Yang Kedah Hilang

Hadin Azman ni boleh dikategorikan sebagai marquee player. Beliau merupakan pemain kebangsaan walaupun tak dipanggil dalam panggilan kebangsaan baru-baru ini.

Posisi untuk Hadin Azman adalah pemain sayap. Beliau boleh bermain sama ada sebagai pemain sayap tradisional ataupun sebagai wing attacker – inverted winger.

Dari segi umur Hadin Azman merupakan pemain yang masih muda dan dalam peak. Jadi tidak hairanlah mengapa beliau menjadi sasaran utama pasukan pasukan yang lain.

Melihat kepada pasukan Kedah pula jelas sekali pasukan mereka memerlukan seorang pemain sayap yang memiliki kreativiti dan juga mampu untuk menjelmakan kualiti individu.

Ini selepas mereka memutuskan untuk tidak menyambung khidmat pemain seperti Bauman.

Kedah kehilangan spark pada bahagian sayap mereka selepas kehilangan pemain seperti Syazwan Zainon dan juga Akhyar Rashid.

Malah tidak keterlaluan untuk menyatakan Hadin memiliki kualiti ekstra berbanding dengan beberapa pemain sayap Kedah sebelum ini.

Hal ini kerana Hadin ada kemampuan untuk menjaringkan gol.

Hadin merupakan pemain yang gemar akses ke dalam kotak penalti secara aktif. Beliau juga seorang free kick taker yang bagus.

Beliau suka memberikan ancaman secara terus kepada bek tengah lawan. Selain itu memiliki kreativiti dan juga pace yang baik.

Beberapa musim yang lalu mereka menggunakan Baddrol Bakthiar sebagai pemain sayap kanan.

Namun selepas era Tan Cheng tidak ada jurulatih yang boleh menjadikan Baddrol Bakhtiar sebagai pemain sayap yang memberikan impak yang besar.

Pada musim lalu Baddrol Baktiar sememangnya bermain di posisi tengah sama ada sebagai pemain 6 ataupun nombor lapan.

Kehilangan terbesar pasukan Kedah pastinya kualiti yang ada pada gandingan Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar pada sebelum ini ketika mereka berdua sama sama on form.

Musim lalu pasukan Kedah menamatkan musim dengan satu Piala FA dan satu lagi final Piala Malaysia.

Itu cukup membuktikan bahawa mereka ada pasukan yang memiliki mentaliti menang. Cuma konsistensi itu diukur pada pencapaian dalam liga. Di mana Kedah menang 9 kali, seri 7 kali dan kalah 6 kali.

Dari sini kita kena membuat penilaian bahawa pasukan mereka masih perlukan penambahbaikan di bahagian tertentu.

Isu serangan ni bukannya crucial sangat pun. Paling crucial adalah pertahanan. Tapi next season mereka akan menggunakan set serangan yang baharu. Menarik juga nak tau set up mereka dengan adanya Hadin, Kipre dan juga Kpah Sherman.

Namun statistik lepas Hadin Azman tidak akan menjadi jaminan kepada pemain ini akan menempa kecemerlangan di dalam pasukan Kedah.

Adakah Aidil Sharin tahu untuk menggunakan pemain yang kualitinya terbukti ini?

Bola sepak itu sukan dengan 11 pemain di atas padang. Bukannya sukan individu.

Hadin pula pastinya mahu membuktikan sesuatu dengan pasukan Kedah. Ini antara pasukan yang terbaik di negara kita dalam saingan domestik ketika ini.

All the best!

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.