Hakim Arahkan Barcelona Bayar €7.7 Kepada Matheus Fernandes Kerana Penamatan Kontrak Kejam

Mahkamah mengarahkan Barcelona wajib membayar pampasan €7.7 juta kepada pemain tengah Brazil, Matheus Fernandes kerana dipecat / ditamatkan kontrak secara tidak adil.

Penamatan kontrak itu dianggap sebagai kejam.

Keputusan tentang kes itu dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Catalonia pada Selasa.

Barcelona sudah menyatakan bahawa mereka akan segera merayu keputusan itu agar diubah.

Mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan pemain berusia 24 tahun itu mengenai tambahan €5 juta lagi untuk “ganti rugi moral dan reputasi”.

Pemain tengah itu menyertai Barca dari Palmeiras pada penghujung jendela perpindahan musim sejuk 2020 dan segera dipinjamkan ke Real Valladolid.

Dia membuat satu penampilan Barcelona sebagai pemain gantian menentang Dynamo Kyiv dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara pada 2020.

Pada Jun 2021, tiga bulan selepas Joan Laporta kembali sebagai presiden kelab, Barcelona mengumumkan penamatan kontrak lima tahun pemain itu.

Beberapa pemain lain turut diminta untuk meninggalkan kelab.

Barca berhujah bahawa prestasi buruknya mewajarkan mereka membuat keputusan untuk menamatkan kontrak tersebut.

Hakim menolak hujah ini dengan mengatakan bahawa kelab itu tidak memberikan “bukti prestasi pemain yang tidak mencukupi dalam latihan”.

Majistret itu juga berkata tiada rekod Barcelona memberitahu pemain itu “untuk meningkatkan prestasinya” sebelum mereka memecatnya.

Hakim kemudian merasakan tindakan Barcelona itu lebih atas kerana kepentingan Barcelona semata mata. Di hakim menganggap keputusan itu dibuat Barcelona untuk mengurangkan gaji mereka kerana kelab itu mahu mendapatkan pemain pemain baharu, dan perlu mengosongkan gaji dan perbelanjaan mereka.

“Sebab sebenar penamatan itu adalah keputusan perniagaan unilateral untuk berbelanja dan tidak mengekalkan senarai gaji pemain yang ditandatangani oleh lembaga sebelumnya,” kata hakim.

Pada Ogos 2021, Laporta mengumumkan pengauditan kewangan kelab yang menunjukkan Barca menghadapi anggaran hutang sebanyak €1.35 bilion.

Kelab itu bertindak untuk memotong bil gaji mereka untuk mengelak daripada melanggar peraturan gaji Liga.

Mereka membenarkan Lionel Messi pergi ke Paris Saint-Germain pada 2021 kerana mereka tidak mampu untuk mengekalkan bintang Argentina itu, walaupun dengan gaji yang dikurangkan.

Barcelona masih berusaha untuk mengatasi beban kewangan mereka yang masih tinggi.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang