Hakim Ziyech Gandingan Baru CR7 Di Al Nassr

Bintang terpinggir Chelsea musim lalu, Hakim Ziyech kini sedia untuk menyertai Cristiano Ronaldo di Al Nassr.

Chelsea sudah menyenarikan sekurang kurangnya 7 nama pemain yang mereka mahu jual, dan Hakim Ziyech salah seorang daripadanya.

Chelsea sudah memiliki ramai pemain penyerang sayap dan mereka sudah sedia melepaskan Hakim Ziyech.

Ziyech sebelum ini memang pernah minta dijual ke kelab lain. Namun hasratnya untuk berpindah gagal.

Kali ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan Ziyech dengan Al Nassr berjalan lancar. Dan pemain itu bakal diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu dalam masa terdekat.

Ziyech merupakan bintang yang cemerlang di Piala Dunia 2022 bersama dengan Maghribi. Dilahirkan di Belanda dan dibangunkan di akademi Ajax, pemain itu pernah membuat kontroversi apabila memutuskan untuk mewakili Maghribi.

Alasan Ziyech, dia memilih Maghribi demi arwah ayahnya yang berasal dari sana.

Ziyech pernah membantu Chelsea menjuarai Liga Juara Juara Eropah pada musim 2020/21.

Pengurus baharu Chelsea sudah bercakap dengan Ziyech dan memberitahu bahawa pemain itu tiada dalam perancangannya.

Beberapa kelab lain memantau perkembangan Ziyech di Chelsea. Akhirnya pemain itu memutuskan untuk menikmati fasa terakhir kariernya di Arab Saudi yang pastinya menjanjikan gaji luar biasa.

Di Chelsea dia menerima sekitar £100,000 seminggu.

Chelesa yakin mereka akan menerima yuran perpindahan daripada penjualan Ziyech dan seterusnya seorang lagi pemain mereka, Kalidou Koulibaly dalam proses menyertai sebuah lagi pasukan Arab Saudi iaitu Al Hilal.

Peminat Al Nassr pastinya sudah tak sabar mahu melihat kelibat pemain berusia 30 tahun itu bergandingan bersama Cristiano Ronaldo di kelab itu.

Ronaldo telah menjadi pencetus kepada fenomena bintang bintang dari Eropah datang ke Arab Saudi.

Termasuk Karim Benzema yang menyertai Al Ittihad bersama dengan N’golo Kante.