JDT turun dalam misi mempertahankan Piala Malaysia yang mereka menangi musim lalu. JDT berdepan dengan Terengganu pada aksi final edisi 2023.
Permukaan padang jelas sekali sangat teruk dengan cuaca hujan yang turun sebelum perlawanan lagi.
Kedua dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat yang mereka miliki untuk perlawanan ini.
KESEBELASAN UTAMA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023
Bagi yang tidak berpeluang ke stadium malam ini, saksikan siaran langsung di Astro Arena (801), Astro Arena Bola (803), Astro Supersport UHD (807), Astro GO, TV OKeY dan Sukan RTM!#PialaMalaysia2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/wxebrBpxYe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 8, 2023
Aksi separuh masa pertama diwarnai dengan kedua dua pasukan masing masing melakukan kesilapan defensif dengan memberikan penalti kepada lawan masing masing.
Fernando Forrestierri memenangi penalti sewal minit ke-3 perlawanan. Selepas pengadil merasakan ada kekasaran dari belakang. Pemain pemain Terengganu membantah penalti itu. Namun pengadil kekal dengan pendiriannya.
Pakar sepakan penalti JDT, Bergson tiada masalah untuk menyempurnakan penalti itu dengan menghantar penjaga gol ke sudut bertentangan, untuk meletakkan JDT 1-0 di hadapan.
GOL!
Bergson 6'
JDT 1 -0 Terengganu#DemiLigaKita #PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/nigjAMTKOL
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 8, 2023
Pada minit ke-19, Jordi Amat tersilap agak bola dan membolehkan Terengganu mendapat peluang gol menerusi Ivan Mahmut. Namun pemain Terengganu itu dikasari Jordi Amat.
Pengadil mengambil sedikit masa untuk meminta penilaian pembantu pengadil, dan akhirnya penalti diberikan. JDT mungkin boleh menarik nafas lega kerana Jordi Amat tidak dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain yang memiliki peluang gol terhidang.
Ivan Mahmut sendiri mengambilnya dan merembat bola rendah yang masuk pada minit ke-21. Ianya penalti berkualiti tinggi daripada pemain import Terengganu itu.
GOL!
Ivan Mamut 21'
JDT 1 – 1 Terengganu #DemiLigaKita #PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/BQp86QDZtD
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 8, 2023
Perlawanan kemudian agak seimbang dengan kedua dua pasukan berhati hati bermain di permukaan padang yang licin.
Bergson kemudian melakukan percubaan jarak jauh yang berjaya diselamatkan oleh Suhaimi Husin dengan menepis bola tersebut pada minit ke-34.
Arif Aiman menjelmakan percubaan pada minit ke-38. Dan itu adalah percubaan pertama beliau.
Habib Haroon mencuba nasibnya dengan melakukan percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti. Namun sepakan itu melayang tinggi.
Pada minit ke-43, Arif Aiman melakukan umpanan menerusi cut back yang sangat cantik. Heberty berjaya menyambar bola namun kualiti percubaannya tidak bagus dan bola tinggi. Itu peluang terbaik JDT menambah gol sebelum rehat.
Pengadil memberikan empat minit masa tambaha. Dengan Heberty cuba merembat terus sepakan percuma dari luar kotak penalti. Namun bola tinggi sekali lagi.
Separuh masa pertama berakhir dengan JDT 1 Terengganu 1.
45 minit akan menyusul……………