JDT meneruskan dominasi dalam pertandingan domestik. Kali ini mereka mengekalkan kejuaraan Sumbangsih di bumi Johor. Menjadikan ianya rekod baharu sebagai pasukan pertama memenangi 4 sumbangsih secara berturut turut.
Ia juga rekod 6 kejuaraan Sumbangsih dalah 7 musim terakhir. Hanya Kedah yang mencelah di tengah dominasi mereka pada 2017.
Bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, JDT melayan kunjungan seteru domestik mereka Kedah. Dengan perlawanan bermula dengan tempo sederhana. Kedua dua pasukan masih mencari rentak, terutama sekali selepas rehat panjang.
Pada separuh masa pertama ada 3 percubaan woodwork daripada kedua dua pasukan. Dua daripada JDT dan satu daripada Kedah. JDT bermain dengan build up lebih baik, namun sampai ke final third mereka bergelut untuk menyudahkan peluang gol.
JDT banyak bergerak terus dari bahagian sisi berbanding dengan pertarungan di tengah. Kedah pada separuh masa pertama terlalu sederhan reaksi mereka. Kedah tidak press dengan segera namun mereka tidaklah terlalu ke belakang.
Kesannya, JDT mendapat ruang dan peluang untuk mendapatkan tempo permainan mereka kerana dibenarkan oleh Kedah dengan pendekatan sebegitu. Seterusnya Kedah tidak ada idea untuk bermain lebih fluid. Banyak gerakan mereka tidak berterusan dan tiba tiba bola dihantar ke belakang dan ke tepi.
Pada minit ke-35, Safawi Rasid membuka tirai jaringan dengan permainan kombinasi menarik. Ianya bermula daripada sepakan penjuru yang tidak cukup mengancam. Namun bola dikitar terus menjadi peluang. Safawi diberikan peluang untuk melakukan half turn. Dan memang bukan perkara yang seharusnya berlaku dalam perlawanan segenting ini.
Safawi dengan tenang melakukan rembatan rendah, di mana Ifwat tidak memiliki masa yang cukup untuk respon kepada bola kerana di hadapannya bersepah pemain lain. Tindakan yang bijak daripada Pawi.
35' | GOL SAFAWI RASID!@OfficialJohor menjaringkan gol pertama musim ini menerusi rembatan Safawi Rasid.
Johor Darul Ta'zim 1-0 Kedah Darul Aman FC#PialaSumbangsih2021 pic.twitter.com/yBF2Loy8th
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 5, 2021
Pada separuh masa kedua, Natxo Insa akhirnya menjaringkan gol pertama beliau sejak Ogos 2018, dan ketika itu pun Kedah menjadi mangsa beliau. Insa turut melakukan rembatan leret deras. Kali ini penjaga gol gantian pasukan Kedah, Shahril Saari menjadi mangsa.
68' | GOL NATXO INSA!@OfficialJohor menggandakan kedudukan menerusi jaringan Natxo Insa!
Johor Darul Ta'zim 2-0 Kedah Darul Aman FC#PialaSumbangsih2021 pic.twitter.com/iv9uUBpXG8
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 5, 2021
Tiada tambahan gol dilakukan selepas itu. JDT mencatatkan kemenangan berharga 2-0 dalam aksi pertama MSL musim ini yang terus dikacukkan dengan Piala Sumbangsih.
Rumusan
Perlawanan ini bukanlah permainan terbaik JDT. Namun Kedah tetap gagal untuk memberikan saingan lebih kuat kepada mereka. Aidil Sharin nampaknya perlu melakukan banyak kerja rumah selepas ini.
Banyak aspek yang beliau kena baiki. Pertamanya adalah kreativiti, kedua adalah teamplay di antara semua bahagian. Tidak nampak Kedah bermain secara taktikal berpasukan dengan lebih baik.
Sementara JDT mereka cuma perlu mendapatkan semula cengkaman intensiti. Dengan beberapa siri latihan intensif dan perlawanan kompetitif, rasanya mereka boleh mendapat perkara itu.
Syabas kepada JDT. Kini JDT mencatatkan 6 kejuaraan Sumbangsih, hanya Selangor (8) lebih banyak daripada mereka.
Dan selamat maju jaya buat Kedah.