Hallyu: Bagaimana Industri Hiburan Korea Menguasai Dunia Dan Semuanya Ada

Sebenarnya apa yang jadi pada industri hiburan Korea Selatan ni sudah dirancang dengan teliti oleh pemain industri mereka. Kali ni abang nolej nak cerita sikit soal Hallyu.

Apa itu Hallyu

Kejayaan mereka hari ini bukanlah sekelip mata, kemasyhuran BlackPink, kemegahan filem-filem Korea bukanlah benda yang instant. Mereka setup akademi, mereka rangka pelan untuk menaikkan dan jual filem keluar. Orang industri diorang begitu optimistik.

K-Pop contohnya dah masuk 4th generation, masa 2nd generation tu diorang gila babi produce pelbagai Boyband dan Girlsgroup sampaikan peminat tak tahu nak jadi fans yang mana satu.

Tapi masa tu diorang tak menjual muzik macam apa yang mereka ada, mereka jual apa yang mereka ada iaitu fesyen dan trend dulu. Macam abang Niv, walaupun aku minat Arsenal, pada masa sama aku minat gila Everglow ni. Aku stan teruk.

Fesyen yang orang putih dah tak ada. Bila dah masuk 4th generation ni diorang dah tak main benda tu, diorang fokus muzik betul-betul dan based diorang pun bukan lagi di Korea tapi US.

Sekarang ni walaupun sound Korean yang dahulu dah hilang sedikit dari kumpulan dan artis K-Pop, tapi itulah yang mereka nak. Kita kata mereka ‘Sell Out’ mereka kata ‘We Conquer The World”.

Menurut laman HRI, BTS sahaja memberikan pulangan lebih RM14.3 billion pada 2018. Sudah pasti angka itu akan terus meningkat.

Mereka tak kisah, kalau mereka kisah mereka takkan based kat US, mereka hanya duduk sahaja di Korea. Muzik mereka sekarang sudah naik ke satu tahap, tak ada lagi jenis jual betis dan dagu. Mereka jual muzik, mereka bermain dengan EDM yang kena dengan citarasa peminat sekarang. Tak kisah kau nak cakap apa, mereka jual.

Mungkin dulu mereka pernah merencanakan untuk pergi ke Oscar sama macam apa yang orang filem kita nak buat hari ini. Tapi harus diingat, bila diorang cakap nak pergi international, diorang tak terus buat cerita PARASITE.

Mereka jual apa?

Mereka jual cerita cinta bodo macam kita juga.

Aku ingat lagi masa adik-adik duk melayan cerita Korea masa awal-awal pendedahan filem diorang dulu, mak aku dengan sinis cakap “Ah cerita korea ni takde menda, kahwin paksa lepas tu last-last jatuh cinta” punya la picisan hiburan Korea masa tu.

Tapi diorang bermula dengan benda bodoh dan sekarang mereka naik dengan benda bagus.

Kau tengok cerita Korea sekarang, bukan setakat filem, siri pun boleh tahan power. Nak dapat benda ni diorang tunggu lama kot, macam tunggu pokok durian berbuah dari anak benih lagi.

Maknanya mereka kata nak buat, mereka buat, mereka mula dengan apa yang ada, mereka jual apa yang mereka ada.

Sikit-sikit mereka improve dan sekarang kalau kau tengok cerita cinta diorang, lain macam punya storyline. Takde dah kisah kahwin paksa jatuh cinta last minit.

Kuasa Hallyu

Hallyu meruju kepada gelombang Korea ataupun Kwave ke seluruh dunia. Selain daripada muzik (kpop), filem (kmovies) dan drama (kdrama), mereka turut mempromosi makanan (hansik),
pakaian (hanbok), bahasa (hangul) yang diterima dengan mudah di negara lain terutama sekali Asia.

Istilah ini kemudian sinonim dengan hiburan, kerana ianya menjadi senjata terbesar Korea dalam menyebarkan pengaruh mereka ke seluruh dunia.

Korean Wave ini sudah muncul sejak pertengahan 1990an setelah Korea mengadakan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1992.

Ketika itu China mahu mengurangkan hiburan daripada Hong Kong dan akhirnya mereka membawa masuk produk Korea.

Kesannya, semakin ramai orang China yang gilakan hiburan Korea ini. Drama Korea What Is Love? yang ditayangkan oleh CCTV tahun 1997 mendapatkan rating penonton sebesar 4,2% atau sekitar lebih dari 150 juta tontonan di China.

Kemudian, China menerima gelombang muzik Korea pada 1997 dengan program radio bernama Seoul Music Room, di Beijing. Dan kumpulan boyband H.O.T mengadakan konsert pada awal tahun 2000.

Setelah berdekad dekad dekad menyebarkan pengaruhnya di China, Hallyu mulai ke global. Mereka mulai sampai ke Jepun pada tahun 2003 ketika TV KBS seri drama Winter Sonata ditayangkan melalui NHK.

Drama tersebut kemudian menjadi hits di seluruh asia termasuk Malaysia dan Indonesia. Kesannya, semakin ramai yang memahami dan tertarik dengan budaya Korea termasuk makanan, pakaian, fesyen dan sebagainya.

Dan pada 2013, dilaporkan lebih 9 juta individu di seluruh dunia terlibat dalam organisasi Hallyu. Termasuk produser muzik, penerbit filem, drama dan sebagainya.

K-pop

K-Pop merujuk kepada muzik Korea. Ianya sudah mula menular ke seluruh Asia pada awal 2000-an. Namun terima kasih kepada globalisasi  dan YouTube yang membantu mempercepatkan lagi Hallyu ke seluruh dunia.

Bom Hallyu terbesar adalah Gangnam Style dan juga lagu Wonder Girl, Nobody. Ia membuka pagar seluas luasnya kepada industri K-pop yang memang sedang meniti kemasyhuran di Asia. Dan kini mereka ke Eropah dan Amerika, serta ke seluruh pelusuk dunia.

Gangnam Style merupakan judul lagu K-Pop pertama yang menduduki carta no.1 pada British Official Singles Chart, dan peringkat ke-2 pada Billboard Hot 100 di AS selama 7 minggu berturut-turut. Lagu ini juga dilihat oleh 2 juta pengunjung Youtube (November 2014) sejak dimuatnaik pada Julai 2012.

Kesuksesan mendunia “Gangnam Style” melonjakkan arties K-Pop seperti TVXQ, Super Junior, Bing Bang, 2NE1, Beast, Girl’s Generation, 2PM dan juga Wonder Girls.

Pada akhir tahun 2009, Wonder Girls menjadi band pertama Korea yang memasuki US Billboard Hot 100 chart dengan lagu hitsnya yang berjudul “Nobody”.

Dan seterusnya muncul beberapa generasi lagi K-pop sehinggalah hari ini terdapat dua nama gah iaitu BTS dan BlackPink. Serta banyak lagi group lain yang kekal aktif dan kuat dengan sokongan daripada fandom mereka sendiri.

Dengan mudahnya akses ke muzik menerusi Sportify, Apple Music, dan lain lain lagi, segalanya membantu untuk menaikkan produk mereka.

Drama dan filem

Selepas kejayaan What is Love? (MBC) dan Winter Sonata (KBS) di China dan Jepun, semakin banyak drama Korea ‘diminta’ oleh peminat di seluruh Asia dan dunia.

Muncul banyak lagi drama popular Korea seperti Full House, All About Eve, Autumn In My Heart, My Girl, Big Thing, Giant, Secret Garden, Love Rain, That Winter, The Wind Blows dan banyak lagi.

Pada hari ini sangat banyak pilihan drama mereka yang mustahil untuk disenaraikan di sini.

Drama drama mereka giat dieksport ke luar negara menerusi banyak cara. Ada antaranya menerusi kontrak khas dengan syarikat tv. Pada awalnya, mereka juga menawarkan pakej drama yang jauh lebih murah daripada drama Hong Kong, China mahupun Jepun – sehingga 75% lebih murah.

Kerajaan mereka menerusi diplomasi juga cuba membawa masuk sekali Hallyu ini selain daripada kerjasama dari segi sukan misalnya bola sepak.

Bukan sahaja drama, Hallyu juga meresap menerusi kebangkitan filem Korea. Selain daripada pelakon yang berbakat dan lawa, mereka juga ada pengarah dan produksi yang berkualiti.

Muncul nama nama besar seperti Hyun Bin, Lee Min Ho, Park Shin Hye, Song Hye Kyo, Son Ye Jin, Rain dan ramai lagi. Dan pada hari ini filem mereka, Parasite telah menjadi filem asing pertama menang anugerah filem asli terbaik di Oscar.

Drama dan filem memiliki pengaruh yang sangat besar dalam Hallyu kerana memaparkan cara hidup Korea menerusi paparan skrin.

Dan pada hari ini, industri filem dan drama Korea mengambil alih industri Hong Kong yang sudah tenggelam. Mereka sampaikan sudah ada segala genre filem dan drama untuk ditonton tanpa bergantung kepada produk AS ataupun Eropah.

Malah pada hari ini produks Netflix giat menerbitkan siri asli drama dan filem Korea asli mereka sendiri.

Kesan Hallyu ini sangat besar. Malah ia memberikan impak kepada ekonomi mereka. Bukan sahaja mengaut untung dari industri hiburan, malah makanan, perlancongan dan banyak lagi.

Peranan semua pihak di Korea termasuk syarikat gergasi seperti Samsung juga sangat membantu dalam pembentukan Hallyu.