Hamilton Benar Benar Tewas, Beberapa Hari Selepas Dia Cakap Bosan Asyik Menang

Kejutan telah berlaku di Formula 1 (F1) pada GP Italia 2020. Ini setelah Pierre Gasly berjaya bergelar juara.

Sementara Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Agak ironi kerana sebelum ini Hamilton memberikan komen tentang F1 yang menjadi bosan kerana asyik dia sahaja yang menang.

Hamilton menyatakan dia juga bosan asyik menang saja

Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton ada mendengar sebelum ini peminat menyatakan bosan melihat juara yang sama dalam formula 1.

Hamilton tidak berkecil hari malah mengakui faham dengan kekecewaan penyokong selepas menyaksikan dirinya mudah menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa sebelum ini.

Selain daripada peminat, rakan seperjuangan beliau juga bosan dengan dominasi Hamilton.

Pada beberapa minggu lalu, Max Verstappen menyatakan perkara yang sama.

Menurut Verstappen, perlumbaan menjadi sangat membosankan ketika melihat Hamilton semakin menjarakkan diri daripada pelumba lain.

“Bagi saya, melihat Hamilton pergi (meninggalkan pelumba lain) benar-benar membuat perlumbaan membosankan. Saya sebenarnya berusaha meningkatkan lagi kepantasan yang saya miliki, “kata Verstappen kepada Crash.

“Pada satu pusingan saya mengalami kesukaran untuk bersaing dengan Bottas dan ia sangat hebat. Walaupun begitu, saya sudah tahu berapa lama kelajuan kereta akan memintas saya.”

“Namun, sekurang-kurangnya ini menjadikan perlumbaan sedikit lebih menarik, ”tambah pelumba berdarah Belanda itu.

Hamilton turut bosan dengan dominasi dirinya sendiri dalam sukan itu. Namun beliau mengingatkan, perkara yang sama pernah berlaku ketika era dominasi legenda Ferrari, Michael Schumacher.

“Saya faham ramai yang tidak lagi menonton perlumbaan F1 kerana anda sudah tahu siapa yang akan menjadi juara.”

“Kalau saya pun bosan tengok perlumbaan dan lebih baik tengok highlight yang lebih pendek.”

Namun Hamilton menyatakan dia tidak boleh dipersalahkan di atas semua yang berlaku.

“Namun, situasi ini bukanlah mengejutkan kerana saya sendiri pun pernah merasa pengalaman yang sama.”

“Secara jujur, saya membesar ketika era Schumacher mendominasi perlumbaan F1 dan ia adalah sesuatu yang membosankan ke­rana anda sudah tahu siapa yang akan menjadi juara.”

“Namun, ia tidak menjadi masalah buat saya ketika ini kerana apa yang penting saya masih gembira untuk bersaing dan memberikan seratus peratus di litar.”

“Malah, Bottas sentiasa menanti ruang dan peluang untuk memintas selain prestasi jentera Red Bull juga semakin meningkat. Justeru, saya perlu sentiasa berwaspada.”

Hamilton benar benar kalah

Agak ironi kerana semalam Gasly berjaya menang dalam aksi yang sangat dramatik. Pelumba AlphaTauri itu berjaya menewaskan Carlos Sainz dan Lance Stroll yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Gasly menitiskan air mata kegembiraan ketika meraikan kejayaannya. Manakan tidak, beliau sebelum ini melalui karier yang penuh liku.

Pernah direject Red Bull dan kemudian memenangi podium pertama pada akhir tahun lalu.

Kali ini beliau menjadi juara.

Tetapi Hamilton menunjukkan semangat kesukanannya yang tinggi.

Di mana Hamilton berkongsi kegembiraan dengan kejayaan Gasly. Di mana beliau berkata: “Saya melihat sebelum ini, apa yang dia lalui. Daripada pelumba yang dibuang daripada pasukan hebat, kali ini dia mengalahkan pasukan yang hebat.”

Keputusan yang mengejutkan di GP Itali mungkin berlaku kerana kemalangan yang dialami pemandu Ferrari, Charles Lecrec di pusingan 26.

Kemalangan itu memaksa bendera merah dikibar. Para petugas trek memerlukan masa untuk memperbaiki kerosakan pada halangan trek yang disebabkan oleh kemalangan Lecrec.

Sementara Hamilton, yang pada awalnya memimpin perlumbaan, dijatuhi hukuman 10 saat dan harus berpuas hati kerana mengakhiri perlumbaan di tempat ketujuh.

Penalti itu diberikan kerana memasuki pit stop yang masih ditutup atau sebelum waktu dibenarkan.

Penalti ini membuatkan Hamilton kehilangan peluang untuk memenangi perlumbaan di Litar Monza. Di samping itu, pelumba Britain itu juga gagal memecahkan rekod pemandu paling berjaya di Monza pada kali ini.

Pada masa ini Hamilton menyamai rekod pelumba legenda Michael Scumacher yang meraih lima kemenangan di GP Itali yang diadakan di Monza Circuit.

Keputusan GP Itali F1 2020

1. Pierre GASLY (AlphaTauri) 36: 39,174
2. Carlos SAINZ (McLaren) + 0.415s
3. Lance STROLL (Titik Balapan) + 3.358s
4. Lando NORRIS (McLaren) + 6,000s
5. Valtteri BOTTAS (Mercedes) + 7.108s
6. Daniel RICCIARDO (Renault) + 8,381s
7. Lewis HAMILTON (Mercedes) + 17.245s
8. Esteban OCON (Renault) + 18,691s
9. Daniil KVYAT (AlphaTauri) + 22.208s
10. Sergio PEREZ (Racing Point) + 23.224s