Menurut laporan media di Korea pada 10 Julai, Han Seo Hee baru-baru ini didapati positif dadah terlarang.
Sebelum ini, Han Seo Hee dijatuhi hukuman percubaan (probation) selama 4 tahun setelah didapati bersalah atas penggunaan dadah terlarang sejak tahun 2017.
Sebagai individu yang menjalani percubaan untuk kes penggunaan dadah, Jabatan Kehakiman menghendaki mereka yang menjalani percubaan menghadiri ujian dadah wajib sebulan sekali untuk tempoh percubaan.
Han Seo Hee dikatakan telah mendapat keputusan ujian positif untuk bahan psikotropik haram pada 8 Julai.
Han Seo Hee kemungkinan akan menghadapi tuduhan polis untuk akaun keduanya mengenai penggunaan dadah haram tidak lama lagi.
Oleh kerana ini adalah kesalahan keduanya dalam tempoh percubaannya, kes Han Seo Hee pasti akan menghadapi siasatan pendakwaan, dan dalam senario kes yang lebih buruk, dia akan menjalani hukuman penjara.
Sementara itu, Han Seo Hee sebelum ini menjadi perhatian setelah mendakwa di SNS bahawa anggota Big Bang TOP yang memberikannya dadah haram pada tahun 2017. Tetapi berdasarkan petuduhan pula, dia yang sebenarnya menjadi pembekal dadah kepada TOP yang ketika itu merupakan teman lelakinya.
Han Seo Hee mendakwa dia adalah mangsa kepada niat jahat orang lain yang mahu menjatuhkan kariernya.
Selepas itu, dia juga menuduh di SNS bahawa YG Entertainment mengganggu penyiasatan dadah haram yang melibatkan anggota iKON BI pada awal 2019.
Sementara itu, di Twitter nama Han Seo Hee menjadi trending. Di mana para peminat Kpop mahu dia dipenjarakan.
Han Seo Hee menjadi salah seorang artis yang paling kontroversi di Korea.
Dia seringkali menimbulkan kontroversi yang dianggap sensasi untuk menarik perhatian media ke atasnya.
Han Seo Hee (lahir pada tahun 1995) adalah Penyanyi, Bintang TV Realiti, Instagram influencer, dan Personaliti Media Sosial dari Seoul.
Dia terkenal selepas bercinta dengan TOP.
Nama kelahirannya yang sebenar adalah Choi Seung-Hyun yang aktif bekerja sebagai rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, dan pelakon.
Namun dia juga menjadi salah seorang selebriti yang paling dibenci di Korea Selatan kerana kontroversi yang tak putus.