Hana Kimura Meninggal Dunia Pada Usia 22 Tahun Kerana Buli Siber

Hana Kimura, penggusti berdarah Indonesia – Jepang yang baru-baru ini menjadi sebahagian daripada reality show “Terrace House” telah meninggal dunia pada usia 22 tahun.

Hana meninggal dunia pada Sabtu selepas membayangkan sebelum ini dirinya dihentam teruk oleh buli siber.

Pengurusan gusti Stardom mengumumkan menerusi akaun Twitter mereka mengenai perkhabaran duka tentang Hana Kimura.

“Peminat Stardom, dengan berat hati kami memberitahu bahawa Hana Kimura telah meninggal dunia,” tulis @we_are_stardom pada Sabtu.

Hana Kimura telah mengikuti jejak ibunya, Kyoko Kimura, di dunia gusti profesional sejak 2016.

Sepanjang kariernya, dia telah memenangi Artist of Stardom Championship juga Goddess of Stardom Championship.

Nama Hana Kimura semakin menyinar setelah muncul sebagai salah seorang peserta acara reality show “Terrace House House Tokyo: 2019-2020” yang ditayang di Netflix.

Menurut Arama Japan, ramai peminat mendiang berspekulasi tentang penyebab kematiannya adalah bunuh diri akibat buli siber.

Hana diserang teruk komen negatif warganet di media sosial miliknya.

Pada 22 Mei 2020, Hana memuat naik foto yang menampakkan dirinya sedang berdepan dengan pembulian siber.

Muat naik terakhirnya di Instagram Stories memperlihatkan Hana mencium kucingnya dengan tulisan “Sayonara” (bahasa Jepun: selamat tinggal).

Pemergian Hana Kimura diratapi ramai peminat gusti yang menganggap dia merupakan gadis yang berbakat dan cintakan bidang itu.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan