Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akhirnya tampil menjelaskan tentang isu rungutan jurulatih Oman yang tidak dapat berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana padang yang teruk.
Dipetik dari laman NST, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy berkata: “Malang sekali kami diberitahu bahawa keadaan cuaca di Malaysia tidak elok dan hujan lebat. Membuatkan padang tidak bagus dan tidak bersedia untuk perlawanan.
"Unfortunately, we were told about the weather conditions in Malaysia, that it has been raining a lot, and that the field will not be good or ready for the match." – Oman coach, Jaroslav Silhavy.https://t.co/PPtSPmJog1
— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) March 25, 2024
“Namun kami tetap bersedia secara fizikal, taktikal dan psikologi untuk bermain dalam apa jua keadaan. Kami tahu padang itu padang yang teruk, dak kami tidak dapat berlatih di sana.
“Kedua dua pasukan pun tidak dapat berlatih di sana. Jadi keadaan ini tidak bagus untuk kedua dua pasukan.
Oman dilaporkan mengadakan latihan di padang stadium MBPJ di Kelana Jaya, sementara Harimau Malaya berlatih di padang wisma FAM.
Sebentar tadi, Hannah Yeoh berkata, padang di Bukit Jalil sudah bersedia untuk digunakan untuk aksi antara Malaysia dan Oman.
Menurut Hannah, yang melarang pasukan Oman dan Malaysia berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil / SNBJ adalah pegawai komisioner perlawanan (MC) FIFA. Hal ini kerana selalu berlaku hujan pada sebelah petang sejak akhir akhir ini.
Seterusnya Hannah Yeoh memberikan kemaskini bahawa padang di SNBJ sudah diberikan lampu hijau oleh MC untuk digunakan pada aksi antarabangsa.
Lalu beliau menyeru kesemua penyokong Harimau Malaya untuk turun ke Bukit Jalil untuk memberikan sokongan paling padu kepada skuad kebangsaan.
1.FIFA Match Commissioner (MC) tidak benarkan pasukan Malaysia & Oman berlatih di SNBJ kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini
2.Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan 👍
3. Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu pic.twitter.com/EyhuaiFERG— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 25, 2024
Malaysia akan menentang Oman dalam aksi keempat untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Sebelum ini Malaysia menelan kekalahan pertama di dalam kempen kelayakan di tangan Oman. Jadi Harimau Malaya ada misi penting untuk membalas dendam kekalahan tersebut.