Hannah Yeoh Kagum KPG Berjaya Perbaiki Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan rasa kagumnya ke atas Kim Pan Gon, Yang menurutnya telah berjaya mengubah Harimau Malaya kepada prestasi lebih baik.

Antara pencapaian membanggakan Kim Pan Gon bersama Harimau Malaya adalah layak secara merit ke Piala Asia 2023 dan kemudian membantu Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Hannah menegaskan bahawa kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 sebagai menepati sasaran yang ditetapkan oleh FAM.

Hannah menambah: “Lagipun perlantikan jurulatih import bukannya perkara baru dalam dunia bola sepak. Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman dan rekod yang baik untuk membantu atlet menujukkan prestasi terbaik mereka.”

Hannah menjawab persoalan yang dilontarkan di Dewan Rakyat oleh Kalam Salan dari Sabak Bernam yang bertanya adakah Kementerian Belia dan Sukan berpuas hati dengan pencapaian Harimau Malaya dalam Piala AFF dan ranking semasa pasukan kebangsaan Malaysia.

Hannah Yeoh turut menyatakan bahawa kerajaan sedang memantau secara teliti isu naturalisasi pemain dan sentiasa bekerjasama dengan FAM untuk memastikan pembangunan pemain pemain tempatan terutama sekali pemain pemain akar umbi.

Kim Pan Gon berjaya memperbaiki prestasi Harimau Malaya sejak dia mengambil alih jawatan tersebut.

Corak pengurusannya yang tegas namun disenangi pemain membuatkan dia mudah berkomunikasi dengan pemain pemainnya.

Jurulatih asal Korea Selatan itu juga menjadi perhatian media jiran. Dengan gaya permainan Harimau Malaya yang lebih baik sejak di bawah kendaliannya.