Hantar Surat Kecaman! Sheikh Jassim Bengang Kena Game Dengan Glazer

Sheikh Jassim dilaporkan sudah menghantar surat kritikan kepada polisi Glazer yang dikatakan cuba mempergunakan namanya untuk meraih projek baharu.

Sheikh Jassim sebelum ini dilaporkan oleh Fabrizio Romano sebagai sudah menarik diri daripada membeli Man United.

Dan selepas itu Glazer mempertimbangkan untuk menjual 25% kepentingan Man United kepada Sir Jim Ratcliffe. Sheikh Jassim menganggap mereka sudah kena game dengan Glazer.

Pembida Manchester United, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani telah menghantar surat kecaman kepada Glazer dengan surat berang selepas usahanya untuk mendapatkan hak pembelian penuh tidak berjaya, menurut laporan.

Dalam suratnya menyebut bahawa: “Kamu [Glazer] sebenarnya hanya bermain main. Kamu tidak mahu menjual kelab itu. Dan menjadikan kami sebagai alat untuk menaikkan harga saham kelab. Kamu cuma mahu menjual saham minoriti sahaja, dan nampaknya sekarang kamu sudah ada projek.”

Kerabat Diraja Qatar itu gagal dalam usahanya untuk membeli 100 peratus United, dengan Glazers memilih pelaburan minoriti.

Sheikh Jassim menjanjikan tawaran tunai melalui Yayasan 92 yang baru ditubuhkan, yang akan melangsaikan semua hutang lama kelab.

Pada Mac, laporan menunjukkan United berhutang £969.6 juta dalam bentuk hutang kasar, pinjaman bank dan yuran pemindahan tertunggak dengan bayaran berkaitan.

Sheikh Jassim juga berikrar untuk menyuntik lebih £1.4 bilion ke dalam kelab untuk pembangunan semula stadium dan tempat latihan, serta menambah kekuatan skuad Erik ten Hag dan projek penjanaan semula komuniti.

Oleh itu, keengganan Glazers untuk menerima cadangannya telah menyebabkan berjuta-juta penyokong United kecewa, setelah mereka penuh harapan sepanjang rundingan selama 11 bulan.

Express UK melaporkan, Sheikh Jassim telah menghantar surat kepada Glazers menjelang perjanjian £1.4 bilion Sir Jim Ratcliffe untuk mendapatkan 25 peratus kepentingan dalam United.

Sheikh Jassim kini didakwa sedang mengusahakan projek lain di tengah-tengah rungutan ke atas Glazer. Laporan menyebut pihak Qatar kekal berminat untuk melabur dalam kelab Liga Perdana Inggeris.

Peminat United telah kuat membuat bantahan terhadap keluarga Glazer selama 18 tahun sejak mereka menyelesaikan pengambilalihan kontroversi pada 2005.

Hakikat bahawa Glazers membeli United dengan harga £790 juta tetapi kini tidak mahu berundur dengan harga lebih £5 billion ditawarkan Sheikh Jassim.

Pengerusi bersama Red Devils Joel dan Avram Glazer dikatakan keberatan untuk melepaskan kepentingan mereka di Old Trafford, manakala empat adik-beradik mereka bersedia untuk mendapatkan wang.