Floyd Mayweather kini menjadikan pertarungannya sebagain sangat eksklusif. Ini termasuk hanya peminat yang benar benar kaya dan sanggup bayar tiket mahal sahaja yang boleh menyaksikannya di dalam gelanggang.
Pertarungan di antara Floyd Mayweahter bertemu dengan Don Moore, akan berlangsung di hadapan 20 orang penonton sahaja.
Pertarungan tersebut akan berlangsung pada 14 Mei ini sebagai sebahagian daripada acara ‘The Global Titan Fight Series’.
Lebih menarik apabila kedua dua peninju akan bertarung di atas pad helikopter di atas bangunan hotel Burj Al Arab di Dubai pada ketinggian 799 kaki dari paras laut.
Menurut Mayweather, hanya 20 penonton bertuah sahaja akan hadir. Dan tiket yang mereka beli hanya boleh didapati dalam bentuk NFT (non-fungible tokens) – ianya aset digital yang tidak boleh ditiru,
Dilaporkan sudah separuh daripada kapasiti tiket itu sudah dibeli untuk 65 Ethereum – di mana ianya sekitar £150,000 satu tiket ataupun RM817,500.
Floyd Mayweather to sell just 20 tickets for next fight as fans spend £150,000 eachhttps://t.co/5QHykWHqyT pic.twitter.com/a4ahucRSBu
— Mirror Fighting (@MirrorFighting) April 26, 2022
Tiket yang mahal itu membuatkan acara itu bakal menjana sekitar £3 juta serta keuntungan tambahan daripada pay-per-view di LIVENow pada harga £14.99.
Mayweather sudah pun bersara daripada dunia tinju profesional dengan rekod tanpa kalah 50-0.
Dan sejak itu dia sudah melakukan 2 aksi tinju berbentuk pertunjukan. Ini termasuk berdepan dengan Logan Paul di Miami. Di mana dia menjana $65 juta daripada acara tersebut.
Sebelum itu dia turut menang mudah ke atas petarung kickboxer Tenshin Nasukawa di Saitama Super Arena yang membolehkannya mengaut keuntungan $9 juta dalam pertarungan hanya 3 minit.
BACA JUGA: Sindir Mayweather, Amanda Nunez Ajak Kim K Bertarung Untuk Buat Duit
Amanda Nunez merupakan salah seorang petarung terbaik dalam sejarah UFC. Beliau antara atlet yang tidak gembira dengan trend terbaru di mana suka tempur telah menjadi bahan jenaka untuk membuat duit semata mata.
Hujung minggu yang lalu menyaksikan sensasi YouTube Logan Paul berhadapan dengan petinju dengan rekod 50-0, Floyd Mayweather. Mereka setuju bertarung dalam lapan pusingan untuk aksi pertunjukan.
Pertarungan tersebut berakhir seri kerana peraturan khas digunakan di mana perlu ada KO dalam 8 pusingan tersebut. Jika tidak, maka pertarungan dikira seri, ini kerana tiada kiraan mata digunakan.
Nunes kemudian mendapat tahu ada warganet yeng mencadangkan agar dia bertarung dengan Kim Kardashians yang merupakan selebriti realiti tv terkemuka.
Nunes bergurau menyiarkan ciapannya di Twitter: “Hei Kim Kardashian, mari kita lakukan ini? Lol.”
Sebenarnya Kim Kardashian ada pengalaman bertarung kerana pernah mengambil bahagian dalam perlawanan tinju amal pada tahun 2009 – ‘The Kardashian Charity Knockout’ dan dia berhadapan dengan pelakon Tamara Frapasella.
Hey @KimKardashian let’s do this? lol pic.twitter.com/wJwTjof307
— Amanda Nunes (@Amanda_Leoa) June 8, 2021
Seorang netizen berkata: “Fikirkanlah ini – bayangkan jika Kim Kardashian ingin melawan Amanda Nunes. Seberapa besar pendapat anda bahawa pertarungan itu akan berlaku? Ia akan sangat besar. Ia akan menjadi [acara] terbesar.”
Bagaimana Tinju Tanpa Pemenang Memberikan Mayweather & Logan Paul RM804.73 Juta Setakat ini
Pertarungan tersebut diadakan pada 7 Jun 2021 lalu di Stadium Hard Rock. Pada pusingan awal, Paul secara mengejutkan dapat mengalahkan Mayweather – jika ada kiraan mata diambil kira.
Beberapa kali dia melakukan pukulan ke arah yang Mayeather aka The Money. Namun selepas 3 pusingan, stamina Paul Logan mulai lemah dan Mayweather memanfaatkannya.
Beberapa pukulan diberikan Mayweather tetapi tidak sama sekali membuatkan Paul jatuh. Dia masih bertahan sehingga loceng pusingan kelapan berbunyi.
Maka, tidak ada pemenang dalam pertarungan ini kerana peraturan yang mengatakan bahawa pemenang ditentukan hanya oleh KO dalam 8 pusingan.
Dengan aksi yang kurang sejam tersebut Mayweather dilaporkan mendapat $132 juta /RM543.91 juta.
Sementara Logan Paul membawa pulang $26 juta / RM107.13 juta. Siapa sangka YouTuber itu berjaya meraih angka sebegitu besar dari gelanggang tinju.
Jumlah itu belum termasuk PPV yang masih dalam kiraan. Di mana Mayweather berdasarkan kontrak, mendapat $10 juta / RM41.20 juta sebagai bayaran tetap dan tambahan 50 peratus daripada setiap PPV.
Sementara Paul mendapat $250 ribu /RM1.03 juta sebagai bayaran tetap dan 10% daripada bayaran keseluruhan PPV.
Jadi keseluruhannya, secara kasar Mayweather sudah mendapat $142 juta / RM585.11 juta. Manakala Logan Paul mendapat $26.3 juta / RM108.37 juta.
Sebelum itu Mayweather sudah mendapat $30 juta / RM123.6 juta tajaan sebelum pertarungan bermula sekalipun.
https://twitter.com/SaycheeseDGTL/status/1402298045736402944
Keseluruhannya setakat ini kedua dua petarung membawa pulang $195.3 juta bersamaan dengan RM804.73 juta.
Sebenarnya, ramai yang kecewa dengan pertarungan ini yang dianggap terlalu disimulasikan kedua duanya.
Lihat bagaimana Mayweather dengan sengaja tidak mengenakan tumbukan KO dalam situasi ini:
The moment Floyd Mayweather Knocked out Logan Paul but held him up so the fight can continue. #FloydMayweather #loganPaulVsmayweather pic.twitter.com/bF0B1POfQh
— GoldMyneTV (@GoldmyneTV) June 7, 2021
Ricky Hatton lantang mengecam pertarungan ini sebagai bermotifkan wang semata mata. Menurut Hatton memang wang penting namun sekurang kurangnya berikan aksi tinju kompetitif dan bukannya yang membosankan seperti ini.
Hatton malah menganggap pertarungan ini adalah sampah kepada sukan tinju.