Hanya Beberapa Minit Bergelar Juara, Kahn Dipecat & Dilarang Raikan Dengan Bayern

Masa depan Oliver Kahn akhirnya diputuskan oleh Bayern. Dan dia rasmi dipecat daripada jawatanny walaupun Bayern menjuarai Bundesliga dalam keadaan sangat dramatik pada hari terakhir semalam.

Di mana Bayern menang ke atas Koln menerusi jaringan minit akhir Jamal Musiala. Borussia Dortmund pula terikat – malah hampir kalah – di tangan Mainz yang terumbang ambing dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Pemecatan Kahn itu lebih teruk dirasainya apabila dia mendakwa dia tidak dibenarkan menghadiri aksi Bayern dengan Koln pada hari terakhir musim ini.

Dan kemudiannya tidak dibenarkan untuk meraikannya bersama skuad itu apabila mereka memenangi Bundesliga.

Borussia Dortmund telah mendahului perlumbaan kejuaraan pada hari terakhir tetapi seri 2-2 dengan Mainz, manakala Bayern menewaskan Koln 2-1 untuk mencatat kemenangan kejuaraan ke-11 berturut-turut.

Kahn berkata kepada Sky: “Itu adalah hari paling teruk dalam hidup saya, tidak dapat berpesta dengan pemain pemain ini.”

Pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Kahn, bersama pengarah sukan Hasan Salihamidzic, diumumkan hanya beberapa minit selepas gelaran itu disahkan.

Dia juga menggunakan Twitter untuk menyatakan rasa tidak senangnya bahawa dia “dilarang” daripada menyertai perayaan itu, dan oleh itu tidak pergi ke perlawanan tersebut; dia, bagaimanapun, menegaskan Bayern akan memenangi kejuaraan liga sekali lagi musim depan.

“Perancangan saya hari ini adalah untuk datang ke Koln dan seleaps itu, sudah pasti saya mahu meraikan kejuaraan liga bersama skuad ini. Namun malangnya, saya dilarang.

Di Twitter, Kahn terus merintih nasib dirinya yang dilarang meraikan kejayaan bersama Bayern.

“Ianya adalah kejuaraan yang sukar dipercayai dan tahniah semua. Yang sentiasa memberikan segalanya sehingga ke wisel penamat dan tak pernah berputus asa. Saya sangat sangat bangga dengan pencapaian kamu semua. Saya nak meraikannya dengan kamu, namun saya tak boleh kerana saya dilarang untuk berbuat demikian.”

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil