Hanya Dengan 1 Tweet, Kelab Paling Barai Di England Ini Mengubah Nasib Mereka

Kalah sekali bukan bererti tak terus kalah dan kalah lagi, mungkin itu perumpamaan paling tepat menggambarkan sebuah kelab di England ini. Bermula dengan satu tweet, portal sukan terkemuka, The Athletic telah menghubungi kelab yang bermain di Divisyen 2 Liga Manchester itu.

Di mana kelab itu merayu agar mana mana pemain bola sepak yang mahu bermain untuk membantu mereka. Dan mereka meminta para peminat berkongsi tweet tersebut.

“Rayuan: Bantu kami memperbaiki pasukan kami. Kami baru sahaja kalah 0-26 pada Sabtu lalu, dan kami memerlukan pemain baharu. Kami telah membuat rayuan pada Julai ketika kami bergelut untuk mendapatkan pasukan dan kami mendapat 100 tweet semula. Bolehkah kami dapat lebih 200 tweet kami ini? Sila baca dan tweet semula mesej ini untuk membantu kami.”

 

Cavaliers FC kini dianggap sebagai kelab liga amatur paling teruk di Britain. Mereka pernah menelan kekalahan 0-26 di tangan Avenue FC. Di mana mereka ketika itu bermain tanpa penjaga gol tulen. Pemain bukan penjaga gol terpaksa berkawal di gawang serta hanya bermain dengan seorang pertahanan kerana tak cukup pemain.

Menurut jurulatih Cavaliers, Ben Gage, pasukannya memulakan musim dengan sangat optimis. Pasukan lain menjalani kempen dengan cemerlang. Tetapi kami pula ketika ini, 11 perlawanan dan 11 kekalahan. Skor cuma 5 gol dan bolos 113 kali.”

“Perlawanan pertama kami kalah 1-3. Namun kami yakin akan terus memperbaiki prestasi. Malangnya, pada perlawanan kedua kami dibelasah 0-16.”

“Sejak saat itu, kami terus kalah di setiap perlawanan, termasuk kekalahan terbesar kami 0-26. Dalam pertandingan tersebut, kami memang tidak memiliki penjaga dan hanya bermain dengan satu bek. Pemain kami sudah bosan dan tidak menunjkkan semangat mereka lagi.”

Oleh sebab itulah pengurusan Cavaliers terpaksa merayu netizen untuk berkongsi Tweet mereka untuk meningkatkan semula prestasi mereka selepas dibelasah 0-26.

Menariknya taktik itu berjaya. Di mana syarikat penjual cermin mata iaitu Specsavers, bersama dengan bekas pemain EPL, Jimmy Bullard telah menawarkan bantuan dari segi kewangan kepada kelab tersebut.

Ini kerana mereka melihat kesungguhan pengurusan kelab tersebut untuk terus bersaing walaupun dilanda prestasi sangat teruk dan ramai pemain yang sudah berputus asa.

Specsavers akhirnya setuju menjadi penjaga utama mereka. Bukan sahaja menjadi cermin mata rasmi kelab, malah Specsavers turut menjadi penaja utama jersi mereka dan membantu dari segi bekalan nutrisi kepada pemain.

Seterusnya, Specsavers turut menggunakan laman media sosial mereka untuk merekrut pemain.

Sementara itu, Jimmy Bullard pula melawat kelab mereka dan memberikan kata kata semangat kepada para pemain sambil meluangkan masa untuk melatih mereka. Jimmy Bullard turut bermurah hati untuk mengendalikan beberapa sesi latihan kelab tersebut.

“Klub ini sangat memerlukan sedikit bantuan. Mereka berterusan kalah musim ini. Dan saya beritahu kawan kawan saya, kalau kita buat pekak je, siapa lagi nak dengar suara kelab seperti ini? Walaupun jelas sekali mereka akan menamatkan musim ini di dasar liga.”

“Namun, jangan pernah takut, bersama dengan Specsavers, kami berharap untuk mengubah keadaan dengan kembali menaikkan semula fokus para pemain. Kami akan membantu mendaftarkan pemain pemain bauar dan memastikan para pemain beraksi pada prestasi terbaik mereka dalam setiap perlawanan.”

“Saya sudah tak sabar untuk mengambil alih sesi latihan Cavaliers. Di bawah kendalian saya, saya akan berkongsi tips dan pengalaman saya untuk membantu mereka menang dalam perlawanan akan datang.”

“Ada banyak kerja keras yang harus dilakukan. Tapi, mudah-mudahan ini akan membuatkan mereka berada di landasan tepat untuk menuju kejayaan liga, atau setidaknya menang perlawanan musim ini.”

Hasilnya, dalam beberapa hari sahaja selepas tweet tersebut, mereka akhirnya mendapat beberapa orang pemain berpengalaman. Ben Gage menyatakan bahawa, kini impian mereka untuk mara ke liga semipro pada musim akan mendatang, kembali membuak buak.

Itulah kuasa media sosial, di mana sebuah kelab yang dianggap paling teruk di UK akhirnya mendapat tajaan syarikat besar dan juga dilatih oleh bekas pemain Liga Perdana Inggeris.