Hanya Dengan Meroyan Tentang ‘Ex’, Shakira Meraih $15 Juta (RM64.74 Juta)

Penyanyi pop Shakira dipercayai telah membuat sejumlah wang yang mengejutkan untuk lagu-lagu yang mengutuk bekas teman lelaki merangkap ayah kepada anak anaknya, Gerard Pique.

Pasangan itu berpisah tahun lalu. Namun kedua duanya pada ketika itu masih cuba mencari jalan pendamaian demi anak.

Yang akhirnya tidak ada pendamaian ditemui, lalu mereka mengumumkan secara rasmi berpisah pada tahun lalu.

Dan perpisahan itu semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini selepas Shakira mengeluarkan lagu diss track di mana dia bukan sahaja mengutuk Pique tetapi terus dengan teman wanita baharu Pique sekali iaitu Clara Chia.

Dalam kolaborasinya dengan produser muzik dari Argentina Bizarrap untuk ‘Music Sessions 53’, yang telah mendapat 127 juta tontonan di YouTube, Shakira memberitahu Pique

“Saya terlalu besar untuk kamu, itulah sebabnya kamu mahu bersama dengan seseorang seperti [setaraf] kamu.”

Dia juga menyanyi: “Ini untuk saya memalukan kamu, mengunyah dan menelan supaya ia tidak menyengat, saya tidak akan kembali kepada anda lagi walaupun kamu menangis atau merayu kepada saya.”

“Saya faham bukan salah saya mereka kecam kamu, saya hanya buat muzik, maaf saya memercikannya kepada kamu.”

“No hard feelings babe. Saya doakan kamu berjaya dengan apa yang dipanggil pengganti saya. Saya pun tak tahu apa yang berlaku, kamu berlakon sangat pelik sampai saya tak kenal kamu lagi.”

Penyanyi berdarah Colombia itu juga merujuk kepada Pique dan teman wanitanya yang baru berusia 23 tahun, Clara Chia Marti, berkata:

“Saya bernilai dua kali ganda berbanding yang berusia 22 tahun tu. Kamu menukar Ferrari dengan Twingo. Kamu menukar Rolex dengan Casio.”

Menurut MARCA, rancangan pagi Telecinco ‘El Programa de Ana Rosa’, Shakira telah mendapat banyak wang daripada pelbagai perkhidmatan penstriman untuk keluaran terbarunya.

Dia dikatakan telah meraih $512,000 daripada YouTube, $500,000 daripada Amazon Music, $360,000 daripada Spotify dan $1,200,000 daripada Apple Music – menjadikan jumlah keseluruhan kepada $2,500,000.

‘Te felicito’ ialah satu lagi lagu yang turut dikeluarkan dengan sindiran halus kepada Pique dan yang memberikan penyanyi She-Wolf itu $10 juta.

Secara keseluruhannya, dengan lagu ‘Monotonia’ berusia dua bulan yang menampilkan Ozuna, dianggarkan Shakira kini telah meraih sekitar $15 juta hanya untuk muzik yang meroyan tentang hubungan masa lalunya.

Pique, selepas ini, nampaknya tidak terlalu peduli dengan sindiran dan ungkitan Shakira. Pada strim Twitch, dia secara berseloroh mengumumkan Casio sebagai penaja ‘Kings League’ kejohanan tujuh sebelahnya – merujuk kepada lirik daripada hit baru.

Dia kemudian menaiki kereta Renault Twingo putih dalam satu lagi tindak balas kepada pasangannya selama 11 tahun.

Buat Hal Lagi, Pique Pakai Twingo Pulak Lepas Casio

Perpisahan Shakira-Pique kerana orang ketiga

Pada Jun tahun lalu, Gerard Pique dan pasangannya Shakira secara rasminya berpisah. Sebelum ini Pasangan tersebut dikatakan ttinggal berasingan selepas Pique dihalau dari rumah oleh Shakira ketika di Colombia.

Kedua dua pasangan itu mengeluarkan kenyataan bersama berbunyi: ” Kami dengan kesal mengesahkan bahawa kami sudah berpisah.”

“Kebajikan anak kami adalah perkara paling mustahak dan keutamaan.”

“Kami meminta agar privasi kami dihormati.Terima kasih kerana memahami.”

Sebelum ini, media Sepanyol mendakwa Pique dan Shakira tinggal berasingan selama beberapa minggu kerana selepas dia dihalau oleh Shakira daripada rumah keluarga mereka di Colombia.

Shakira telah menangkap sendiri kecurangan Pique. Oleh sebab itu dia tidak dapat memaafkan teman lelakinya itu.

Pique dan Shakira mula mulai bercinta selepas pertemuan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Ketika itu kedua dua mereka terlibat dalam rakaman untuk promosi Piala Dunia.

Pique ketika itu masih muda dan dia dengan beraninya memulakan aktiviti mengorat superstar senarai A Hollywood.

Mereka sudah bersama sekian lama dan memiliki anak walaupun mereka tidak pernah berkahwin. Oleh sebab itu mereka tidak boleh dikira bercerai.

Gary Neville menerusi satu temuramahya bersama dengan Pique di mana Neville bertanya:

” Kenapa awak berdua (Pique dan Shakira) tak pernah berkahwin.”

Pique menjawab: ” Tak , tak! Saya tak akan berkahwin.”

“Ini mentaliti dia [ Shakira].”

“Saya bahagia dengan keadaan kami sekarang. Kami tak perlu berkahwin pun . lanya baik baik sahaja.”

Neville seterusnya berseIoroh berkata : “Maksudnya kau kena tolak la ni?”

Dengan pantas Pique menjawab: “Eh mana ada. Tu rahsia, saya tak boleh bagitau.”

Shakira pula tak pernah memberikan pandangan tentang kenapa mereka tak nak berkahwin. Dia sentiasa mengingatkan wartawan bahawa dia tidak akan melayan soalan seperti itu.

Apa yang pasti Shakira menganggap Pique soorang pejuang sejati seperti mana karakternya di atas padang.

Shakira turut menganggap Gerard Pique sebagai bek tengah terbaik di dunia.

Shakira sanggup meninggalkan Hollywood dan berpindah ke Barcelona untuk membina keluarga dengan bek tengah asal Sepanyol itu. Mereka juga mempunyai dua  orang anak bernama Milan dan Sasha.

Banyak laporan dalam tabloid Sepanyol mendakwa bahawa Shakira menangkap sendiri Pique mencuranginya.

Menurut laporan dari Marca, Shakira dan Pique tidak pernah dilihat menjemput anak-anak bersama-sama dari sekolah sejak sekian lama.

Beberapa laporan mendakwa Shakira membawa anak-anak ke Ibiza untuk percutian keluarga pada Mei 2022, tetapi pertahanan Barcelona itu tidak ada bersama dengan mereka. Kebiasaannya Pique dan Shakira akan meluangkan masa bersama sama dengan anak mereka selepas tamat musim.

Pique kini sudah bersara secara rasmi sebagai pemain bola sepak. Dan sedang menikmati persaraannya dengan menganjurkan Kings League.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil