Hanya Isi Borang, Korang Berpotensi Menang Kasut Roma X Nike Air Jordan 1

AS Roma telah menawarkan hadiah kasut khas kolaborasi mereka dengan Nike Air Jordan untuk anda menangi.

Ini berita yang tidak mahu dilepaskan peminat barangan sukan terutama sekali kasut. Tambah pula korang memang penyokong tegar AS Roma. Lagi menggelibas korang rasa nak menang.

Kasut Roma X Nike Air Jordan 1 bersaiz 9 UK itu ditawarkan kepada peminat yang menyertai satu peraduan yang ringkas.

Tidak perlu bayar yuran apa apa dan boleh menang kalau memang ia rezeki korang.

Rekaan kasut ini memang lawa dan memukau. Warna jersi AS Roma menjadi tema kepada rekaan kasut ini.

Roma menyatakan bahawa kasut itu adalah hasil buatan tangan yang direka khas di
Philadelphia. Rekaannya adalah daripada jersi rasmi AS Roma.

Hanya ada 2 rekaan kasut ini ada di dunia yang fana ini. Jadi korang boleh cuba nasib korang untuk memenanginya.

Tak kisah lah bukan saiz korang. Try je la.

AS Roma Hanya menyatakan korang perlu mengisi satu butiran rasmi untuk membolehkan anda berpeluang memenangi kasut edisi terhad ini.

Ini contoh benda yang korang kena isi tu.

Anda boleh pergi ke pautan di bawah ini untuk mengisi borang peraduan bagi membolehkan korang menyertai benda ni.

Kalau tak sertai macamana nak memang kan?

AS Roma Competitions

Selamat maju jaya diucapkan kepada korang. Kalau menang jangan lupa aku.

Baca yang lain