Mason Greenwood sekali lagi menunjukkan prestasi luar biasa di atas padang.
Boleh dikatakan ia sudah mengakhiri momen Daniel James sebagai pemain utama. Di mana beliau dilihat bakal menjadi front 3 United selepas ini terutama sekali pada musim hadapan.
Hanya langit sempadannya
Ole Gunnar Solskjaer percaya bahawa hanya langit yang menjadi sempadannya buat bagi Mason Greenwood ketika prestasi meningkat naik pemai remaja Manchester United itu yang berterusan.
Setelah sekian lama disebut sebagai salah seorang prospek paling mengujakan yang datang melalui akademi terkenal di kelab beliau, pemain berusia 18 tahun itu ternyata memberikan harapan masa depan buat United.
Greenwood telah menikmati musim break through yang luar biasa di United, dengan menjaringkan 15 gol dalam 41 penampilan di semua pertandingan – statistik yang akan lebih mengagumkan kita semua kerana hanya melibatkan 19 permulaan.
Penyerang remaja itu kelihatan telah naik ke tahap lain sejak penggantungan coronavirus, dengan penyerang tersebut menjaringkan satu gol dan memberikan assist dalam kemenangan 3-0 yang menakjubkan pada hari Selasa lalu di Brighton.
Ole berkata: “Kami telah bermain dengan baik sepanjang musim ini memberi dia lebih banyak pendedahan, lebih banyak masa permainan,” kata bos United, Solskjaer.
“Anda tahu, tidak mudah menjadi anak muda. Dia masih boleh bermain dalam pasukan FA Youth Cup musim ini, jadi dia adalah anak muda yang harus kita jaga.”
“Tetapi tidak kiralah, dia tampil dari bangku simpanan atau ketika dia memulakan perlawanan, dia berkembang dengan hebat musim ini.”
“Greenwood is a young boy we have to look after – he can still play in this season’s FA Youth Cup team. The sky is the limit, it’s up to him. He knows what he should do, can do and must do.” OGS. pic.twitter.com/ZSLLz6UDuM
— Andy Mitten (@AndyMitten) July 3, 2020
“Hanya langit yang menjadi sempadannya. Terserah kepadanya. Dia tahu apa yang harus dia lakukan, boleh lakukan dan mesti lakukan untuk terus bermain.”
Greenwood pastinya membalas kepercayaan yang ditunjukkan kepadanya oleh Solskjaer, yang pernah dikritik kerana melepaskan kedua-dua pemain, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez pada awal musim. Dan Ole dengan yakin menjawab, mereka mahu memberikan peluang kepada Greenwood.
“Mason maju jauh lebih awal daripada apa yang saya alami ketika berusia 18, 19, sudah pasti.”
“Dia berjaya menjaringkan gol. Saya tidak betul-betul ingin mengatakan apa-apa yang berbeza kerana wajar bagi dia dan saya rasa saya juga boleh melakukannya.”
“Dia anak muda yang cemerlang. Dia terus belajar, terus membuat keputusan yang lebih baik dan lebih baik. ”
Terbaru, beberapa hari selepas komen pengurusnya itu, dalam kebangkitan United pada hari ini Mason Greenwood telah menjaringkan dua gol untuk United.
Greenwood kaki kanan ke kiri?
Pemain ini terus membuktikan kualiti penyudah dengan keupayaan beliau menggunakan kedua dua belah kaki pada kualiti setaraf.
Gol pertama beliau adalah menerusi kaki kiri, dan gol kedua adalah menerusi kaki kanannya.
29': Mason Greenwood strikes with his left foot 🦶
55': Mason Greenwood strikes with his right foot 🦶
Definitely one for the future. This kid surely knows the position of the goal post 🥅 #MUNBOU #MUFC
— Philip Alimo (@alimo_philip) July 4, 2020
Greenwood menuai hasil lumayan sejak liga Inggeris disambung semula. Beliau kini sudah mencatatkan 4 sumbangan langsung kepada gol dengan 3 gol dab dya assist.
Mason Greenwood’s starts since the restart:
❌ vs. Sheffield United
⚽️🅰️ vs. Brighton
⚽️⚽️ vs. BournemouthTaking his chance. 🙌🙌🙌 pic.twitter.com/y8a9kfmTkq
— Statman Dave (@StatmanDave) July 4, 2020
Dan beliau kini menjadi remaja pertama menjaringkan 15 gol untuk United dalam satu musim selepas Wayne Rooney.
Mason Greenwood is the first teenager to score 15 goals in a single season for Man Utd since Wayne Rooney (17) in 2004/05.
A special, special talent. pic.twitter.com/oDSp401Ydn
— Squawka Football (@Squawka) July 4, 2020