Victor Osimhen telah memberitahu ejennya bahawa dia hanya mahu menyertai PSG. Walaupun Chelsea turut berminat mendapatkan pemain tersebut.
Victor Osimhen adalah pemain yang mahu dijual oleh Napoli setelah dia menyatakan hasratnya meninggalkan kelab itu sebelum musim lalu berakhir.
Ejen kepada pemain itu sebelum ini mendedahkan bahawa misi Osimhen bersama Napoli sudah selesai, dan meminta kelab menghormati kehendak pemain itu yang mahu berpindah ke kelab besar.
Konflik Osimhen dengan kelab
Osimhen musim lalu pernah merajuk dengan kelab setelah pegawai media kelab itu bertindak memuat naik video mengejek Osimhen yang tidak berjaya menyempurkan penalti. Ketika itulah dia sudah mulai mahu meninggalkan kelab tersebut kerana kecewa dengan tindakan kelab itu yang kemudian seolah olah mempertahankan tindakan admin TikTok kelab tersebut.
Menurut Napoli, video tersebut hanya konten suka suka dan tiada niat memperlekehkan penyerang yang dianggap sudah menjadi legenda kelab. Sebelum peristiwa tersebut, admin media sosial Napoli malah pernah memuat naik video yang dianggap berbaur rasis ke atas Osimhen.
Entah apa yang sebenarnya di fikiran admin media sosial Napoli, apabila mereka boleh terfikir memuat naik video troll pemain sendiri. Pemain yang mereka troll itu bukan calang calang, tetapi Victor Osimhen yang merupakan pemain yang memikul mereka di bahunya musim lalu untuk bergelar juara Serie A.
Tanpa Osimhen adalah mustahil untuk kelab itu menamatkan kemarau trofi dan menjulang Serie A. Namun layanan buruk media sosial rasmi kelab ke atas pemain itu membuatkan Osimhen sangat bengang.
Dalam aksi menentang Bologna pada masa itu, Osimhen dilihat marah ketika dikeluarkan kerana masih mahu terus bermain. Namun insiden selepas itu lebih mengejutkan. Kerana akaun media sosial rasmi kelab memuat naik video mengejek pemain itu yang gagal menyempurnakan penalti selepas memintanya daripada pengadil.
Ini adalah video yang dimuat naik dan kemudian dipadamkan semula kerana sudah tentunya mereka sedar bahawa ramai netizen dan peminat Napoli sendiri mengecam video itu.
🇳🇬 This was the original video posted by Napoli about Victor Osimhen… and then deleted.
⚠️ …player’s agent Calenda announced that Osimhen is considering to take legal action against Napoli. pic.twitter.com/0PLunco9aD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 26, 2023
Ejen kepada pemain itu kemudian mengesahkan bahawa mereka dalam proses menuntut saman malu daripada Napoli yang mengaibkan imej pemain legenda hidup kelab itu.
Dalam kenyataan mereka, pihak ejen Osimhen berkata: “Apa yang berlaku pada akaun rasmi TikTok Napoli adalah tidak boleh diterima. Pertama sekali, video mengejek Victor, diletakkan sebagai video tatapan umum dan kemudian dipadamkan.”
“Serius bahawa hakikatnya perkara ini memberikan impak yang serius kepada pemain, dan menambahkan lagi kesan yang dihadapi pemain oleh media dan juga berita palsu selama ini. Kami bersedia dengan tindakan saman dan apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi Victor.”
🚨🔵 BREAKING: Victor Osimhen could take legal action against Napoli — per his agent Roberto Calenda formal statement.
“What happened today on Napoli's official profile on the TikTok platform is not acceptable. A video mocking Victor was first made public and then, but now… pic.twitter.com/DFlPodbLEz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 26, 2023
Seperti yang dinyatakan, tindakan petugas rasmi media Napoli itu dianggap menunjukkan bahawa mereka jenis tak sedar dek untung. Osimhen 2 musim lalu pernah menyatakan dia akan terus sedia kekal di Napoli yang ketikan itu terlepas kejuaraan. Kerana dia mahu membantu kelab itu memenangi trofi. Dan musim lalu ketika Napoli di landasan terbaik untuk bergelar juara Serie A, Osimhen berkata berminat untuk berpindah ke kelab lain terutama sekali ke EPL.
Namun sikap pemain itu sangat profesional. Dia tidak pernah mendesak kelab menjualnya walaupun banyak tawaran hadir kepadanya. Ini termasuk tawaran mega mewah daripada Arab Saudi. Seterusnya PSG turut berminat mendapatkan Osimhen, namun pemain itu menghormati keputusan kelab yang menolak tawaran €150 juta PSG kerana mahukan sekurang kurangnya €200 juta.
Osimhen kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa, dia akan terus komited dengan Napoli jika kelab itu memutuskan untuk tidak menjualnya. Dan ikrarnya itu dilaksanakannya. Dia terus setia bersama Napoli walaupun pemain lain seperti Kim Min Jae terus angkat kaki apabila menerima tawaran kelab besar.
Jadi, apabila media sosial rasmi kelab memperlekeh dan mempersendakannya, bukan sekali tetapi ini kali kedua, dia benar benar kecewa. Sebelum ini Napoli pernah troll gaya rambut pemain itu.
Napoli making fun of his hsir pic.twitter.com/9S28fmH0kz
— HOT COIN 🔥 (@IsraelOziomaN1) September 26, 2023
Osimhen hanya mahukan PSG
Dan kini pada pra musim kali ini Osimhen aktif mencari kelab baharu. Antonio Conte mengesahkan dia tak akan campur tangan dalam penjualan Osimhen kerana kelab dan pemain itu sudah mencapai kesepakatan sebelum dia tiba di Napoli.
Musim lalu PSG pernah membida Osimhen dengan nilai €150 juta, ketika kelab itu cuba meyakinkan Mbappe untuk terus kekal. Mereka mahu menunjukkan betapa seriusnya PSG mahu menjadi juara eropah.
Malangnya presiden Napoli De Laurentiis telah meremehkan tawaran tersebut: “Harga €150 juta itu adalah harga untuk sebelah kaki Osimhen sahaja” kata dia yang meletakkan tanda harga €250 juta untuk pemain tersebut.
PSG kali ini cuba mendapatkan Osimhen sekali lagi tetapi mereka sudah tentu tidak akan rela membayar €250 juta. Kemudian persaingan dilaporkan hadir daripada Chelsea.
Pemain antarabangsa Nigeria itu sudah memberitahu ejennya bahawa dia tidak mahu ke Chelsea sebaliknya cuma mahu bermain untuk PSG. Selain Chelsea, Arsenal juga menunjukkan minat ke atas Osimhen namun begitu kelab London itu tidak meneruskan usaha mereka.
🚨🔵🔴 Understand that Victor #Osimhen still wants to join Paris Saint-Germain until Deadline Day!
… as #PSG is definitely his desired destination.
Chelsea, still trying to sign the 26 y/o striker and been told that there was also a loose approach from Arsenal weeks ago.… pic.twitter.com/kXKSDe5tuM
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) August 14, 2024
Osimhen sanggup menunggu sehingga ke hari terakhir jendela perpindahan musim ini untuk menyertai PSG. Namun begitu PSG tidak begitu terdesak mahukan Osimhen pada masa ini kerana sudah ada Goncalo Ramos dan Kolo Muani. Jadi Osimhen mungkin harus mendesak Napoli untuk memudahkan perpindahannya ke kelab itu dengan tidak meletakkan harga terlalu tinggi,