Wayne Rooney dipecat lagi sebagai pengurus. Dan peminat mencadangkan agar Rooney tidak lagi menjadi jurulatih mana mana kelab.
Kerana ini dikhuatiri akan terus merosakkan reputasinya sebagai legenda bola sepak.
Plymouth mengesahkan penamatan kontrak Wayne Rooney pada Isnin. Ini selepas Plymouth Argyle terus terperap di tempat tercorot dalam Liga Kejuaraan Inggeris.
Rooney, bekas pemain Manchester United, hanya bertahan selama 7 bulan dalam tempoh kejurulatihan terbarunya sebelum dipecat dengan kelab itu hanya memenangi 1 kemenangan dalam 14 perlawanan dia mengendalikan kelab tersebut.
🚨⚠️ Official: Wayne Rooney leaves Plymouth Argyle with immediate effect.
Club confirms mutual decision after only one win in 14 games since joining the club. pic.twitter.com/oJrNWG2D6m
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2024
Perlawanan terakhirnya ialah kekalahan 2-0 kepada Oxford United pada hari Ahad yang memanjangkan rekod tanpa kemenangan Argyle kepada sembilan perlawanan.
Wayne Rooney dan Plymouth Argyle mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Bermakna Rooney tidak akan meminta pampasan baki kontraknya.
“Plymouth Argyle boleh mengesahkan bahawa kelab dan ketua jurulatih Wayne Rooney telah bersetuju bersama untuk berpisah berkuat kuasa serta-merta.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wayne dan pasukannya atas segala usaha mereka dan mendoakan kesejahteraan mereka untuk masa depan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Bekas penyerang England itu telah mengambil alih tugas di Plymouth berikutan tempoh pengurusan 83 hari di Birmingham, yang tersingkir daripada Liga Kejuaraan selepas musim lalu. Dia juga pernah menjadi jurulatih di pasukan MLS DC United dan Derby County.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah Plymouth. Terima kasih juga kepada semua kakitangan yang membuatkan saya berasa dialu-alukan dan yang menjadikan kelab ini tempat yang istimewa, pemain dan peminat atas usaha dan sokongan mereka sepanjang saya menjadi ketua jurulatih dan saya mendoakan yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan,” kata Rooney dalam kenyataan peribadinya.
Rooney yang berusia 38 tahun menikmati kerjaya yang serba hebat, memenangi lima kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah. Dia adalah pemain bukan penjaga gol paling kerap beraksi untuk England sepanjang zaman selepas membuat 120 penampilan.
Rooney juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Manchester United.
Penolong jurulatih Kevin Nancekivell dan kapten kelab Joe Edwards akan mengetuai Plymouth untuk perlawanan Kejuaraan Rabu menentang Bristol City, kata kelab itu, sementara menunggu pengurus baharu dilantik.
Peminat segera meminta Rooney agar berhenti sahaja menjadi pengurus. Kerana rekodnya sebagai pengurus sangat teruk.
“Wayne Rooney harus menyerah sahaja daripada tugasan kejurulatihan, untuk menjaga maruah dan legasi bola sepaknya,” tegas peminat.
Ianya berikutan Rooney kini sudah 4 kali ditamatkan kontrak atau dipecat oleh kelabnya.
Wayne Rooney must give up of coaching to preserve his dignity and legacy in football.
Derby County terminated his contract ❌
DC United terminated his contract ❌
Birmingham City terminated his contract ❌
Plymouth has terminated his contract ❌ pic.twitter.com/3ynU1ZJZfi— Terrible Football (@TerribleFutbol) December 31, 2024
Adakah anda setuju sudah tiba masanya untuk Rooney menyerah sahaja dengan karier kejurulatihan? Atau dia tidak patut berputus asa dan terus mencuba?