‘Hanya Neymar Buatkan Kami Gerun’

Bekas kapten Uruguay, Diego Lugano menyatakan bahawa generasi Brazil pada era hari ini tidaklah seperti era R9 atau era Ronaldinho dulu. Dan hanya Neymar yang ada aura tersebut menurut Lugano.

Ketika Lugano bersama dengan Uruguay, setiap kali berdepan dengan Brazil, mereka adalah pasukan yang menakutkan. Namun selepas itu, pada era baharu, hanya Neymar pemain yang dia rasa agak menakutkan setiap kali Brazil bertemu Uruguay. Dan pemain pemain lain dianggap biasa biasa sahaja.

Lugano yang bermain untuk Uruguay sejak dia muda lagi. Sebelum era Neymar, dia sangat gerun berdepan dengan pasukan Brazil. Malangnya selepas itu Brazil kehilangan magis samba itu sebagai satu pasukan.

Pasukan yang pernah sarat dengan bakat luar biasa dari penjaga gol sampai ke serangan. Mereka sangat ditakuti seluruh dunia pada ketika itu.

Dan Neymar dianggap hanya pemain yang ada aura tersebut pada hari in. Lugano berkata: “Neymar adalah satu satunya pemain [pada eranya], yang membuatkan kami takut dan gentar apabila berdepan skuad kebangsaan Brazil.

“Dia adalah satu satunya pemain Brazil yang masih memiliki aura membuatkan kami gerun setiap kali berdepan dengan pasukan Brazil di pentas antarabangsa. Sebagai seorang bangsa Uruguay, kita dapat merasakan perkara itu.”

Kenyataan Lugano itu disokong oleh statistik Neymar yang cemerlang berdepan dengan Uruguay. Di mana bintang Brazil itu mencatatkan 3 gol dan 4 assist dalam 5 perlawanan berdepan dengan juara dunia 2 kali itu.

Kini Neymar masih dalam rehat selepas kecederaan ACL yang membuatkan dia terlepas Piala Dunia 2022 dan juga berehat panjang sepanjang musim lalu dan sehingga ke hari ini.

Baru baru ini, Neymar diuji untuk ujian kecergasan. Doktor kelabnya mencadangkan agar pemain itu terus berehat lagi untuk beberapa minggu. Lalu kelabnya, Al Hilal memutuskan mahu merehatkan Neymar sehingga Januari 2025. Kerana mereka tidak mahu kehilangan slot pemain import itu untuk beberapa minggu atau bulan pertama musim ini.

Neymar masih ada kontrak sehingga Ogos tahun hadapan di kelab Al Hilal. Dan pemain itu sudah menyatakan kesediaannya untuk terus berkarier di Liga Pro Saudi itu.

Sebagai tambahan, dia memiliki kontrak lumayan €300 juta untuk 2 musim tanpa sebarang cukai.