Harga Siling Topeng Muka RM1.50 Bermula 1 April

Kerajaan Malaysia telah menetapkan harga siling terbaru bagi topeng muka di negara ini.

Harga siling terbaru untuk topeng muka adalah RM1.50. Kajian ke atas perkara itu sudah dibuat.

Ini berikutan banyak pihak mengeluh dengan harga topen muka yang terlalu mahal di pasaran sekaran ini.

Permintaan ke atas topeng muka sangat tinggi. Pada masa yang sama kerajan prihatin akan keluhan rakyat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menilai semua perkara.

Dipetik daripada Sinar Harian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata: “Pagi tadi kita dah bincangkan perkara ini dan kita dapati bahawa topeng muka ini tidak banyak dikeluarkan dalam negara tapi kebanyakan diimport dari negara luar.”

Beliau menegaskan harga itu adalah penurunan RM0.50 daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebbelum ini.

“Jadi, kita juga terikat dengan harga yang diimport tadi. Oleh itu, mesyuarat bersetuju harga siling topeng muka adalah 1.50 iaitu 50 sen lebih murah daripada harga yang telah ditetapkan lebih awal iaitu RM2.”

“Jika didapati harga yang dibeli sudah menurun daripada harganya, maka kita mungkin kaji balik dan umum semula harga yang lain,” katanya lagi.

Harga siling berkenaan akan berkuatkuasa mulai fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula 1 April sehingga 14 April 2020.

Sumber: Sinar Harian

Baca yang lain