Hargai Xhaka Dengan Laporan Statistik Ini, Pivot Cemerlang Arsenal Semalam

Arsenal berjaya comeback semalam. Ini selepas mereka ketinggalan awal dalam perlawanan ini.

Aksi Arsenal vs Everton yang berlangsung di Emirates, adalah sangat menarik. Sarat dengan aksi dan juga permainan yang menarik.

Arsenal 3 Everton 2

Dominic Calvert Lewin meletakkan Everton di hadapan seawal minit pertama. Awal bebenar Yob.

Selepas itu Arsenal membalas gol itu menerusi gol penyerang muda mereka, Eddie Nketiah yang melakukan tap in keras.

Arsenal kemudian di hadapan menerusi Pierre Emerick Aubameyang pada minit ke-33.

Richarlison menyamakan kedudukan sekali lagi untuk Everton, pada masa kecederaan – separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Aubameyang menambah 1 lagi gol dan memberikan kemenangan mutlak kepada Arsenal.

Prestasi Xhaka

Walaupun Aubameyang diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan / man of the match (MOTM), namun aksi Xhaka wajar diberikan kredit.

Beliau cemerlang secara taktikal dan teknikal.

Secara taktikal, Xhaka akan cover di bahagian left back untuk membolehkan left back Arsenal naik sejauh mana yang mereka inginkan.

Seterusnya, beliau menjadi pemain yang sangat dominan di tengah dalam aksi berhadapan dengan Everton.

Beliau menjadi juara dalam statistik berikut:

  • Sentuhan terbanyak – 86
  • Hantaran terbanyak – 84
  • Recoveries terbanyak – 10

Bukan itu sahaja, malah bekas kapten Arsenal ini juga menjadi pemain yang paling banyak melakukan take ons. Kalah Pepe wei.

Terus menjadi tulang belakang Arsenal di bawah Arteta

Granit Xhaka terus menjadi tulang belakang Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta.

Arteta sebelum ini mengakui Xhaka mahu keluar dari Arsenal, namun beliau tidak merestuinya kerana tahu pemain itu ada kualiti yang beliau perlukan dalam pasukan.

Xhaka yang dulu bukanlah yang sekarang

Xhaka yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu Xhaka kerap dikritik, namun kini disayang.

Xhaka pernah melakukan kontroversi dengan tidak menghormati logo pasukan Arsenal ketika bengang bertengkar dengan para penyokong Arsenal – ketika dikeluarkan  dalam aksi berhadapan Crystal Palace.

Jawatan kapten beliau dilucutkan, dan masa depan beliau mulai menjadi tanda tanya.

Xhaka di bawah Arteta

Sejak dikendalikan oleh Arteta, pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka telah menjadi pivot yang sangat berkesan. Sama ada ketika bertahan, playmaking dan menyerang.

Xhaka terus menjadi nadi penting Arsenal dalam mencipta rekod tanpa kalah pada tahun 2020.

Beliau juga membantu Arsenal untuk tidak bolos dalam 3 perlawanan terakhir. Rare ni.

Kemenangan Arsenal ini membolehkan mereka naik ke tangga ke-9 dengan dibezakan 7 mata sahaja daripada tangga keempat dalam carta liga.

Arsenal masih berusaha untuk mendapat 4 tangga teratas dalam EPL – bagi membolehkan mereka kembali merumput di UCL musim hadapan.

Saksikan rangkuman aksi perlawanan Arsenal vs Everton di sini:

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.