Hari Arale Membantai Bezita Dan Tak Lut Kamehameha Goku

Korang pernah baca komik Dr Slum? Cerita tentang seorang budak robot yang memiliki kekuatan luar biasa.

Arale Norimaki (Norimaki Arare) merupakan robot android yang naif tetapi hyper active. Dia ada kuasa superhuman dan kurang common sense, sebab dia robot.

Arale Norimaki adalah ciptaan Dr Senbei Norimaki. Dia mulai mendapat nama Arale Norimaki, kerana Senbei mahu menyembunyikan identiti dia sebenarnya robot kepada penduduk di kampung Penguin.

Ini untuk membolehkan Arale menjalani kehidupan seperti kanak kanak lain termasuk bersekolah.

Dalam komik Akira Toriyama, Arale adalah gambaran android yang sempurna. Jika dalam beberapa siri episod francais Dragon Ball, muncul beberapa Android yang kuat namun masing masing tetap ada kelemahan.

Kepoweran Arale ini teserlah, apabila dia pernah bertarung dengan dua pure Saiyan iaitu Bezita dan Goku.

Sebelum sembang pasal Goku, kita lihat pertarungan di antara Arale dan Bezita yang menunjukkan putera mahkota Saiya itu telah lunyai dibelasah Arale.

Sebenanya, Arale menganggap itu hanya satu permainan. Dia adalah kanak kanak yang naif dan tidak ada niat pun nak bergaduh.

Arale bertemu pertama kali dengan Goku ketika Goku masih kecil.

 

Dalam satu persidangan dunia di West City, Arale telah menjadi kanak kanak yang membuatkan Bezita menyampah kerana terlalu nakal. Arale telah merembat Encik Satan sampai melekat ke dinding.

Dalam persidangan itu, Dr Senbei Norimaki telah memenangi anugerah bagi ciptaan terbaik untuk tahun tersebut menerusi mesin yang mampu menunaikan keinginan.

Putera Saiya dikitai Arale

Bengang dengan Arale dan Gatchan yang sangat nakal, lalu Bezita nak mengajar kanak-kanak nakal itu dan bertemu dengan ayahnya.

Bezita mengajak Arale ‘bermain’ dan Arale bertanya: “Kamu cukup kuat kah?”

Bezita dengan muka tersenyum mendengar persoalan itu. Arale meluru ke arah Bezita dan membuatkan Bezita terpelanting keluar dari bangunan itu.

Arale telah dikuasai oleh ‘hantu’ Dr Mashirito yang jahat dengan memberikannya sesuatu menjadikannya sangat agresif. Mashirito dah mati dan dia keluar dari neraka.

Ketika di luar bangunan Goku dan Arale saling cuba mengingati antara satu sama lain. Mereka pernah bertemu sebelum ini dan sudah berjanji akan bermain lagi suatu hari nanti.

Berbalik kepada Bezita, dia menjadi sangat marah, bagaimana Arale sangat kuat sedangkan dia sepatutnya menjadi watak komik jenaka sahaja dari komik 80-an.

Lalu dia membelasah Arale sehingga terputus kepala.

Namun Arale sekali lagi membelasah Bezita. Dan Arale sempat menunjukkan salah satu kuasanya iaitu membelah bumi. Gila babi.

Arale vs Goku

Selepas itu Arale bertentang dengan  Goku. Di mana Son Goku terpaksa berubah menjadi Saiyan Blue untuk berhadapan dengan Arale yang ternyata sangat kuat.

Kuasa N’cha cannon Arale setanding dengan Kamehameha Goku. Goku terperasan, Arale telah menggunakan N’cha canoon kuasa 100 (100x).

Banyak juga gandaan kuasa itu diperlukan Arale untuk menandingi Kamehamehan Goku yang level god dikeluarkannya.

N’cha Cannon ni memang sangat kuat walaupun hanya 1x je.

Bulma dan Satan mulai panik

Kedua duanya menunjukkan kuasa masing masing. Bulma kemudian menghubungi Whis dan meminta dia menghantar Beerus untuk membantu mereka menewaskan Arale.

Ini kerana Beerus boleh menewaskan Arale dengan kuasa dewa pemusnah. Beerus jauh lebih kuat daripada Goku dan Arale. Dan dikatakatan kekuatan Arale dan Goku hanya 30% daripada kekuatan Beerus.

Tetapi pertembungan kuasa di antara Goku dan Arale masih mampu membuatkan bumi hancur. Bulma menawarkan untuk menghantar makanan yang sedap sedap kepadanya.

Malang sekali Beerus sedang tidur dan dia jenis tidur mati dan susah nak digerak.

Dalam keadaan genting, Senbe Norimaki akhirnya menggunakan mesin yang mampu menunaikan keinginan. Di mana dia meminta tahi merah jambu keluar dari mesin itu, Arale memang suka main dengan benda tak senonoh tu. Trunks dengan cepat menyerahkannya.

Korang boleh saksikan episod penuh di sini dengan sub Bahasa Indonesia:

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi