Hari Ini Dalam Sejarah: AC Milan Lunas Dendam 2005, Tetapi Itulah Kejuaraan Eropah Terakhir Mereka

Pada 23 Mei 2007, AC Milan dan Liverpool bertemu sekali lagi dalam pentas final. Pengurus yang sama iaitu Carlo Ancelotti dan Rafa Benitez berentap sekali lagi.

Dan skrip permulaan yang sama, AC Milan turun sebagai pasukan pilihan, Liverpool sebagai underdog.

Jersi yang sama, di mana AC Milan diundi dengan jersi away Liverpool menjadi pasukan memakai jersi home.

Aksi kali ini berlangsung di kota Athens. Dan AC Milan berjaya melunaskan dendam mereka 2 tahun sebelumnya di mana mereka terciduk dalam episod “The Miracle of Istanbul” oleh Liverpool.

Pada malam itu, AC Milan menang 2-1. Dengan Liverpool hampir melakukan kejutan sekali lagi, namun AC Milan tidak melakukan kesilapan lagi.

Namun itulah malam kejuaraan terakhir AC Milan sebagai juara Eropah. Musim sebelum itu, pada 2005/06, AC Milan dikenakan pemotongan mata kerana skandal Calcipoli.

Milan terpaksa bermain di pusingan kelayakan dan mara ke pusingan akhir peringkat kumpulan.

Di malam final, di hadapan 74 ribu penonton lebih di Stadium Olimpik Athens, Milan terlebih dahulu di hadapan menerusi gl kontroversial yang dicetak Filippo Inzaghi pada minit ke-45.

Para pemain Liverpool mendakwa sepakan percuma Pirlo terkena tangan Inzaghi sebelum bola itu masuk.

Pada separuh masa kedua, Rafael Benitez memasukkan Peter Crouch dan mengeluarkan Javier Mascherano. Ketika Liverpool berusaha menyerang dan mencari gol penyamaan, Inzaghi sekali lagi menjaringkan gol.

Kali ini Inzaghi meneriman hantaran lolos yang kemas dari Kaka, dan kemudian menewaskan Reina.

Liverpool merapatkan jurang pada minit ke-89 menerusi Kuyt. Namun keajaiban Istanbul itu tak berulang pada kali ini.

Milan menjadi juara, dan dendam mereka ke atas Liverpool terbalas. Vendetta imbrogliati!

Selepas malam itu, AC Milan tidak lagi menjadi kuasa yang digeruni di Eropah. Paling tinggi pencapaian mereka selepas malam final itu adalah suku akhir pada 2011/12.

Selepas itu AC Milan tidak pernah mara lebih dari suku akhir. Lebih malang musim ini mereka menerima larangan bermain di Eropah kerana salah laku FFP.

Selepas malam final itu, Liverpool dan AC Milan tidak pernah merasai malam final lagi. Namun kehadiran Jurgen Klopp berjaya membantu Liverpool mara ke dua final dalam dua musim terakhir ini. Dan sebelum itu Klopp membawa Liverpool mara ke final Europa.

Agak ironi kerana Liverpool sudah berjaya menjuarai kejuaraan Eropah keenam mereka pada musim lalu, dan AC Milan masih belum berjaya mara ke separuh akhir sekalipun sejak malam final itu.

Apa yang pasti nama AC Milan dan Liverpool pada ketika itu memang gah di Eropah. Mereka memiliki tradisi malam eropah yang kuat.

Milan bertahun tahun selepas itu bergelut dengan prestasi dan kehilangan pemain seperti Kaka.

Legenda mereka tidak dapat digantikan seperti Cafu, Maldini, Nesta dan ramai lagi.