Protes berskala besar terus berlangsung di seluruh AS bagi menentang isu perkauman yang tercetus dari pihak polis yang menahan George Floyd sehingga menyebabkan kematian.
Kejadian itu berlaku di tempat terbuka dan lebih malang ia dirakam oleh orang awam.
Protes telah memasuki hari ke-12.
Puluhan ribu orang telah berarak di Washington DC dalam demonstrasi terbesar ibu negara setakat ini.
Pihak keselamatan telah menutup semua laluan yang menuju ke White House.
Penunjuk perasaan juga melakukan perhimpunan di New York, Chicago dan San Francisco.
Sementara itu orang ramai memberi penghormatan dengan melakukan upacara peringatan kepada mendiang George Floyd di North Carolina, tempat dia dilahirkan.
Floyd merupakan lelaki berkulit hitam yang tidak bersenjata, mati ketika ditahan polis di Minneapolis pada 25 Mei lepas.
Ia berikutan Floyd menggunakan wang $20 palsu di sebuah kedai dan mereka menghubungi pihak polis.
Video menunjukkan seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin berlutut di leher Floyd selama hampir 9 minit.
Chauvin telah dibuang kerja dan dituduh melakukan pembunuhan. Tiga pegawai lain yang berada di tempat kejadian juga dipecat dan didakwa bersubahat.
Protes anti-perkauman itu merebak ke beberapa negara lain.
Di UK, Parliament Square yang terletak di tengah London dipenuhi dengan orang ramai walaupun pihak pemerintah melarang sebarang aktiviti berkumpul bagi mengekang penularan wabak coronavirus.
Di Australia, terdapat protes besar di bandar-bandar Sydney, Melbourne dan Brisbane yang lebih fokus kepada isu orang asli disana.
Terdapat juga demonstrasi di Perancis, Jerman dan Sepanyol.
Datuk Bandar mempersoalkan saranan Presiden
Di Washington DC para penunjuk perasaan yang kebanyakkannya membawa sepanduk Black Lives Matter berkumpul dengan aman berhampiran Memorial Lincoln.
Datuk bandar Muriel Bowser menyambut para penunjuk perasaan dan mengatakan ia adalah mesej kepada Donald Trumph.
Pada hari Isnin lepas, pegawai penguatkuasa melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di kawasan itu ketika Trumph melakukan lawatan ke gereja.
Bowser antara salah seorang datuk bandar yang menolak saranan Trumph menggunakan National Guard (askar simpanan) mengawal keadaan negeri.
“Jika dia dapat mengambil alih Washinton DC, dia boleh pergi kemana-mana negeri dan kita semua tidak akan selamat.”
“Askar kita tidak boleh diperlakukan seperti itu. Mereka tidak tidak harus diminta untuk memindahkan warga Amerika.”
Bowser menegaskan tiada keperluan untuk menggunakan National Guard.
Sebelum ini Trumph pernah berkata akan menggunakan US Army yang dikuasai pusat jika pemerintah negeri tidak mahu menggunakan National Guard.
Seorang penunjuk perasaan berusia 35 tahun, Eric Wood mengatakan dia rakyat AS yang tidak diperlukan oleh negara itu.
Katanya lagi rasis telah lama berlaku dan diamalkan disana.
Sementara itu Crystal Ballinger berharap protes kali ini dapat menyampaikan mesej solidariti dan hak sama rata sampai ke pihak pemerintah.
Di New York orang ramai menyeberangi jambatan Brooklyn sementara itu di San Franscisco para penunjuk perasaan menghalang laluan jambatan Golden Gate.
Di Atlanta dan Philadelphia orang ramai melaungkan ‘kita memerlukan keadilan, kita memerlukan kasih saying.’
Apa sebenarnya yang mereka mahu
Di media sosial dan jalanan, mereka yang menyokong gerakan demonstrasi ini meminta pihak pemerintah melihat semula ketidaksamaan.
Perkara itu sudah lama berlaku dari kekejaman polis sehingga hak mendapat penjagaan kesihatan.
Data banduan di AS, orang kulit hitam berjumlah 5 kali ganda dari orang kulit putih walaupun jumlah mereka jauh lebih sedikit di negara tersebut.
Menurut National Association for the Advancement, Jumlah penggunaan dadah orang kulit hitam dan putih berada paras yang sama tetapi tangkapan dibuat terhadap orang kulit hitam 6 kali ganda dari sebaliknya.
Menurut data kesihatan negara wanita kulit hitam yang mati ketika bersalin 2 kali lebih ramau dari wanita kulit putih.
Berpuluh-puluh tahun pemerintah melakukan pengasingan menyaksikan ketidaksaam antara system sekolah, perumahan dan sumber awam lain.
Kajian Pusat Penyelidikan Pew pada 2019 mendapati 8 dari 10 budak kulit hitam masih ‘mewarisi’ kedudukan itu.
Separuh dari mereka mengatakan persamaan kaum sebenar tidak mungkin berlaku di AS.
Sumber: BBC
Foto: Nationalguard