Hari Paling Gelap Dalam Bola Sepak Sarawak

Hari ini 23 November 2019, adalah hari yang menandakan bahawa Sarawak sedang berada di aras paling rendah di dalam sejarah bolasepaknya.

Sebenarnya lebih awal dah takuk rendah ini diumumkan tetapi tetiba ada play off sebab ada benda yang berlaku dalam struktur liga Malaysia.

Jadi masih ada talian hayat untuk berpaut. Tetapi tetap kita gagal melakukannya.

Paling ironi pasukan yang menghumban Sarawak FA ke Liga M3 adalah Kuching FA pasukan yang turut berada di bawah pengurusan FAS.

Walaubagaimanapun, aku nak ucapkan tahniah di atas Fairplay yang kedua dua tunjukkan hari ini.

Dan menutup mulut beberapa orang yang mengatakan bahawa perlawanan ini hanyalah pertunjukkan perlawanan wayang kerana mereka jangkakan Kuching akan menyerah kalah.

Sebelum perlawanan ini berlangsung para pemain kucing sendiri sudah berikrar mereka akan berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan slot di dalam Liga Premier. Mereka tampil dengan status naib juara Liga M3.

Kuching berhak mendapatkan apa yang mereka sedang dapat.

Sarawak pula pasukan yang dirundung banyak masalah dalam beberapa musim ini.

Bagi peminat pasukan Sarawak apa yang berlaku di dalam pengurusan Sarawak pada hari ini segalanya serba tak kena. Tak tau di mana silapnya.

Hari ini Kuching menang 3-1 ke atas pasukan Sarawak.

Dan mengesahkan status mereka sebagai pendatang baharu Liga Premier pada musim 2020.

Bosan dengan perkataan reset. Sebab dah setiap tahun Sarawak ni press reset button.

Apa yang pasti fans Sarawak akan tetap setia bersama Sarawak walaupun apa yang berlaku dan di mana sahaja kau berada.

Jika yang ditegaskan Kuching ini pasukan lain pastinya ia hari yang indah untuk bola sepak Sarawak.

Apa yang pasti kita masih lagi tidak mampu menjadi pasukan elit di Malaysia untuk sekian lama. Selepas makan kita ditewaskan Brunei pada final Piala Malaysia, itulah garis sempadan Sarawak daripada kelompok elit.

Kita pernah cuba bangkit dengan kembali ke Liga Super pada 2014. Selepas juara Liga Premier 2013 dengan status tanpa kalah.

Namun emosi dan mismanage sumber kita ada dengan terlalu syok nak dapatkan ‘kononnya’ nama besar dalam bola sepak Malaysia.

Kita lupa bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan. 11 pemain kelas dunia belum pasti dapat membentuk 1 pasukan kelas dunia.

Namun 11 pemain team player akan dapat membentuk pasukan yang sangat baik.

Sejak dari hari itu Sarawak terus bergelut dan tersingkir kembali ke Liga Premier.

Penyokong tetap bersama Sarawak walaupun sudah berkali kali terluka dengan apa yang ada.

Namun ini soal cinta kepada pasukan yang disayangi. Definisi menang sama sama dan kalah sama sama.

Semoga Sarawak bangkit lagi. Belajar daripada segala kesilapan. Bola sepak ni bukan projek semusim sahaja. Ianya projek berkeseninambungan jangka panjang.

Orang yang berada di tampuk pentadbiran, nak tak nak adalah orang yang paling  bertanggungjawab.

Perbaiki management yang ada. Belajar daripada orang yang dah berjaya. Utamakan benda basic tetapi praktikal.

Jangan kata kita tak boleh. Dulu kita pernah boleh buat. Apa alasan tak boleh buat? Yang penting orang yang betul dan tempat yang betul diperlukan.

Baca yang lain