‘Hari Paling Teruk Dalam Hidup Saya’ – Neymar Disahkan Terlepas Semua Aksi Peringkat Kumpulan

Neymar disahkan mengalami kecederaan buku lali sebelum ini. Namun Tite optimis pemain itu akan tetap beraksi dalam aksi seterusnya.

Kini situasi dia berbeza. Doktor pasukan mengesahkan bahawa kecederaan Neymar memerlukan pemain itu berehat sekurang kurangnya untuk 2 baki perlawanan peringkat kumpulan.

Neymar juga berisiko terlepas pusingan pertama kalah mati jika Brazil mara – rasanya tiada masalah Brazil akan mara.

Doktor pasukan Brazil sebelum ini mengesahkan bahawa kecederaan trauma pada kaki Neymar berlaku selepas dia berterusan dikasari pemain Serbia dalam kemenangan 2-0 pasukan Selecao.

Tite mengesahkan bahawa Neymar sudah merasai bengkak dan sakit ketika aksi menentang Serbia. Dia memilih untuk meneruskan perlawanan. Dengan keadaan kakinya yang sakit, Neymar tetap menyumbang dalam binaan 2 gol Brazil yang dihasilkan oleh Richarlison.

Serbia bermain sangat agresif dengan perancangan no.10 Brazil itu dalam perlawanan sebelum ini.

Neymar kemudian dikeluarkan dan kemudian buku lalinya dibalut dengan ais.

Selepas itu, gambar buku lalinya bengkak telah dikongsikan di media sosial. Sekaligus memberikan keraguan dan kebimbangan bahawa Neymar bakal terlepas aksi berikutnya.

Neymar memasuki ruang medikal untuk penilaian tahap kecergasan dan kecederaan. Dan disahkan buku lalinya bengkak dan memerlukan dia berehat.

Neymar menganggap hari ini sebagai hari paling sukar dalam hidupnya – menerusi Instagram rasmi miliknya.

Semoga cepat sembuh buat Neymar Jr. Siapakah yang akan menggantikan tempat Neymar?

Baca yang lain