Sejak menyertai Fenerbahce, Mesut Ozil masih gagal menyempurnakan sebarang gol ataupun assist. Walaupun sebenarnya beliau bermain baik. Dan terbaru Mesut Ozil gagal menyempurnakan peluang terbuka ketika gawang telah terbuka. Di mana Ozil telah memutuskan untuk melakukan kawalan, berbanding melakukan percubaan terus.
Fenerbahce sekadar seri dengan Antalyaspor 1-1. Di mana keputusan itu membuatkan Fenerbahce masih di belakang Galatasaray dan Besiktas dengan beza dua mata.
A Ş A M I Y O R U M !
Ah be mesut 🥺@MesutOzil1088 pic.twitter.com/a6WQpkSv4r— Harun Acar (@HarunAcaarr) March 4, 2021
Tindakan pemain Antalyaspor yang bermain hantaran ke belakang selepas ditekan pemain Fenerbahce nyata mengundang padah dan risiko. Dan bola dirampas oleh Fenerbahce. Ozil menerima bola di luar kotak penalti dan ketika itu penjaga gol Antalyaspor berada di luar posisi beliau.
Para pemain pertahanan lawan kelihatan panik dan cuba untuk memperbaiki keadaan. Malangnya, Ozil mengambil masa terlalu banyak dalam situasi tersebut – untuk pemain berkelas dunia dan pemain yang terkenal dengan kemampuan melakukan first time shot ataupun pass yang kemas. Ozil terkenal dengan jurus Ozil chop yang jauh lebih sukar daripada itu kalau difikirkan.
Ah so Arteta did leave Ozil out for footballing reasons pic.twitter.com/tek6e897Bz
— Ayan🔮 (@AFCAyan_) March 4, 2021
Malang berganda buat Ozil dalam perlawanan ini apabila mengalami kecederaan selepas diterjah keras dari belakang oleh pemain Antalyaspor, Fredy. Mesut Ozil tidak dapat untuk meneruskan permainan dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-67 dan digantikan dengan Papiss Demba Cisse.
Geçmiş olsun kardeşim, Allah şifa versin @MesutOzil1088 @M10esports pic.twitter.com/3idMfQr9Ew
— Nezih GÜNALAY 🇹🇷 (@NezihGunalay) March 4, 2021
Ozil kemudian memohon maaf kepada peminat Fenerbahce dan mengesahkan beliau mengalami kecederaan di ligamen. Dan bertekad akan berusaha bersungguh sungguh untuk kembali semula ke dalam padang. Ozil berkata: “Saya benar benar meminta maaf kerana tak mampu membantu pasukan kita dalam perlawanan akan datang, kerana ada sebahagian daripada lateral ligamen dalaman dan luaran saya yang terkoyak. Saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali semula ke atas padang. Terima kasih banyak banyak kerana sokongan dan semua doa yang baik baik.”
Önümüzdeki maçlarda ayağımdaki iç ve dış yan bağlarında oluşan kısmi yırtıklar sebebiyle takımımıza yardımcı olamayacağım için çok üzgünüm. En kısa zamanda tekrar sahaya çıkabilmek için elimden geleni yapacağım. Desteğiniz ve tüm iyi dilekleriniz için çok teşekkür ediyorum💛💙🙏🏼 pic.twitter.com/q52UBJXvpz
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) March 5, 2021
Ozil menganggap ia adalah cabaran yang sukar dan yakin bahawa setiap kesukaran itu pasti tuhan akan ada comeback tersendiri untuk membantu kamu kembali lebih kuat. Dalam mesej yang sama, Ozil menulis dalam bahasa Indonesia, Tuhan Memberkati Anda.
For every setback, God has a comeback 🤲🏼 He will help you to come back even stronger! #SABR ❤️ Tuhan memberkati Anda 🇮🇩 #JummaMubarak #HayirliCumalar 🇹🇷 pic.twitter.com/p5yXN59oSF
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) March 5, 2021
Muat naik Ozil mendapat pelbagai reaksi dari netizen Indonesia. Wilypradana berkata: “Terima kasih @ m10_official.”
Sementara itu, Jevashev meminta Ozil datang ke Jakarta. Jevashev, Mustakin Risal juga berharap Mesut Ozil akan datang ke Indonesia.
“Alhamdulillah. Bilakah kamu akan datang lagi ke Indonesia, Ozil,” kata Mustakin.
Mesut Ozil adalah bintang bola sepak yang aktif di media sosial Instagram dan Twitter. Pemain Jerman berbangsa Turki itu bergabung dengan Fenerbahce pada jendela perpindahan Januari setelah tidak bermain lama di Arsenal.