Harimau Malaysia Masih Perlukan Aidil

Malaysia mahu mengejar cita-cita ke Piala Asia. Dalam kitaran jadual antarabangsa ia bermula pada 2019 dan tamat pada 2022 iaitu tahun berlangsungnya Piala Dunia. Pusingan akhir Piala Asia akan berlaku pada tahun 2023, 6 bulan selepas Piala Dunia.

Fokus Malaysia akan terarah kepada 2019 hingga 2023, selama 54 bulan.

Sehingga kini, bermula pada Jun 2019 Malaysia telah mengharungi 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia. 2 perlawanan kelayakan pusingan kedua bertemu Timor Leste dan 4 perlawanan pusingan ke-3 yang dijalankan secara timbal balik berkumpulan.

Malaysia menang 4 kali dan tewas 2 kali sepanjang kempen kelayakan. Baki 4 perlawanan lagi akan berlangsung sehingga Jun 2020, proses ini berlaku selama setahun sebelum ditentukan pasukan mana yang akan bersaing ke Piala Dunia dan Piala Asia.

  • Malaysia 7-1 Timor Leste
  • Timor Leste 1-5 Malaysia
  • Indonesia 2-3 Malaysia
  • Malaysia 1-2 UAE
  • Vietnam 1-0 Malaysia
  • Malaysia 2-1 Thailand

Sementara itu Malaysia mencatat 3 kemenangan dari 4 perlawanan persahabatan yang disusun pada setiap minggu antarabangsa.

  • Malaysia 2-0 Nepal
  • Malaysia 0-1 Jordan
  • Malaysia 6-0 Sri Lanka
  • Malaysia 1-0 Tajikistan

Pasukan yang ke pusingan akhir Piala Dunia secara langsung akan layak ke Piala Asia 2023 sementara bakinya akan bersaing dalam pusingan akhir ke pentas tersebut.

Dalam perjalanan ke Piala Asia, Tan Cheng Hoe dilihat sudah menemui kumpulan pemain terbaiknya sejak dilantik menjadi ketua jurlatih Malaysia pada Disember 2017. Namun beliau masih mempunyai beberapa isu kecil yang harus dilihat sepanjang kempen kelayakan pada kali ini.

Selain dari isu penyerang, persoalan siapa pertahanan skuad Malaysia juga menjadi tumpuan. Perkara ini kuat diperkatakan ketika minggu antabangsa September berlaku.

Malaysia bolos 4 jarinagn dengan cara umpanan lolos, ball watching, dan kombinasi pertahanan yang sedikit rapuh ketika menentang Indonesia dan UAE.

 

 

Adam Nor Azlin dan Shahrul Saad agak baik ketika menentang pasukan lemah. Ia ditunjukkan ketika membenam Timor Leste 7-1 dan 5-1. Pada perlawanan yang mempunyai tahap permainan yang lebih tinggi kombinasi ini mudah pecah.

Aidil kembali pada Oktober

Aidil Zafuan Radzak kembali dipanggil pada Oktober ketika menentang Vietnam di Hanoi. Malaysia tewas 0-1 tetapi isu pertahanan tidak timbul. Seterusnya Malaysia mencatat keputusan positif ketika menentang Tajikistan dan seterusnya menang menentang Thailand.

Aidil dan rakan-rakannya akan diuji sekali lagi pada selasa ini apabila turun menentang Indonesia. Pasukan yang Malaysia bolos 2 jaringan.

Aidil satu-satynya pemain utama skuad kebangsaan yang bermula pada era pemain Harimau Muda menguasai jersi kuning. Ketika satu-persatu rakannya melalui proses peralihan dengan pemain baru, Aidil masih kekal sebagai pertahanan penting dalam skuad ini.

Aidil di domestik

Tan Cheng Hoe tidak mempunyai banyak pilihan pemain bagi posisi ini dari kancah Liga Super. 3 dari 12 pasukan liga utama Malaysia ini menggunakan duo import bagi mengemudi barisan pertahanannya.

  • Kedah (Alves/Shakir)
  • Selangor (Reagan/Nguyen)
  • Felda United (Thiago/Watanabe)

Secara tidak langsung Tan Chang Hoe mempunyai limitasi terhad dalam menentukan siapa pemain utamanya di barisan pertahanan tengah bagi tempoh setahun ini. Malaysia tidak boleh lagi bereksperimen dengan ramai pemain ketika kempen berlangsung.

Di JDT, posisi ini dilihat sedang berlaku proses peralihan pemain dari Aidil kepada Adam. Proses ini masih belum sempurna, Aidil masih diperlukan dan Adam masih perlukan masa.

Adam tampil lebih banyak berbanding Aidil dalam saingan liga 1,234 minit berbanding 1,017. Aidil mula kembali di kesebelasan utama pada penghujung musim menyaksikan Aidil meraih 1,055 minit berbanding Adam 556 minit.

Memanggil Adam dan Aidil menyertai skuad negara tidak menjadi masalah kerana mereka dalam kategori pemain setara di JDT.

8 pilihan pertahanan tengah lain di Liga Super

Apabila Liga Super mempunyai 3 pasukan yang menggunakan duo import dinpertahanan tengah, Tan Cheng Hoe hanya mempunyai 8 pemain lagi dalam senarainya. Pemain yang kerap bermain.

Siapa kah mereka

  • Muslim Ahmad (Pahang)
  • Shahrul Saad (Perak)
  • Shukor Adan (Melaka)
  • Rodney Celvin (PKNS)
  • Nasrullah Hanif (Terengganu)
  • Irfan Zakaria (K.Lumpur)
  • Anas Rahmat (PJ City)
  • Farid Nezal (PKNP)

Shukor Adan sudah berusia 40 tahun dan peranannya di Melaka di dua posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan. Pada usia ini, Shukor perlu lebih fokus kepada pasukan domestik bagi survival kariernya.

Walaupun Anas Rahmat dan Farid Nezal berada dalam lingkungan 22-25 tahun tetapi pemain ini tidak mempunyai pengalaman antarabangsa. Bagi mendapat peluang meraih pengalam itu pemain ini perlu menonjol dan mencuri perhatian di saingan domestik.

Nasrullah dan Muslim mungkin pemain yang boleh dipanggil tetapi bukanlah akan menjadi pemain utama skuad negara, sebagai pemain sokongan kerana 2 faktor iaitu umur dan pada umur itu Nasrullah tidak mempunyai pengalaman antarabangsa. Muslim sudah lama terlepas dari panggilan negara.

Shahrul masih penting, Adam perlu diberi ruang dan Rodney-Irfan perlu lebih memikat

Dalam banyak perdebatan umum, ramai yang mengatakan Shahrul tidak bagus di pentas antarabangsa. Tetapi pemain ini merupakan pemain yang paling banyak bermain di pentas domestik berbanding semua pertahanan tengah di Malaysia.

3,297 minit pengalaman bermain sepanjang musim 2019.

Masalah Shahrul, dia perlu bermain dengan lebih yakin apabila tidak bergandingan dengan Aidil. Dia perlu tahu apabila Aidil bersara, dialah calon pertama untuk menggalas masalah benteng pertahanan Malaysia.

Adam sememangnya pemain ke-2 penting dalam perancangan Tan Cheng Hoe selepas Shahrul. Apabila Adam sudah dapat mengesahkan tempat sebagai utama JDT, Aidil akan diturunkan beban dan peranan. Seterusnya Adam akan bersama Shahrul di skuad negara.

Irfan Zakaria mempunya pengalaman yang baik dalam skuad kebangsaan. Dia sering mendapat panggilan berbanding pemain seperti Muslim dan Nasrullah. Kriteria dan rekod ini juga penting bagi setiap panggilan.

Irfan cuma perlu merancang karier di domestiknya supaya lebih baik seperti menyertai pasukan yang lebih besar dan menjadi pemain utama disana. Seperti Terengganu, Selangor atau Melaka. Selepas itu karier antarabangsanya boleh menjadi lebih baik.

Rodney juga mempunyai situasi yang sama seperti Irfan. Selepas PKNS menjadi pasukan simpanan kepada Selangor, Tan Cheng Hoe mungkin akan melihat apa pergerakan pemain ini selepas ini. Diserap masuk ke skuad Selangor atau mencari pasukan lain.

Rumusan

Melihat kepada apa yang ada dalam Liga Super secara keseluruhan, agak jelas Aidil masih lagi diperlukan oleh negara. Adam perlukan masa untuk menjadi seperti Aidil dan Shahrul perlu meningkatkan karektornya sebagai pemain pertahanan no.1 negara pada masa akan datang.

Rodney dan Irfan perlu merancang karier dengan lebih baik. Irfan sudah mempunyai segalanya di skuad negara sementara Rodney antara pemain paling berpotensi.

Muslim dan Nasrullah masih boleh dipertimbangkan untuk pelan jangka pendek negara.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang