Masih ingatkah lagi tentang kematian 8 pemain Manchester United dalam tragedi di Munich.
Harry Gregg salah seorang yang terselamat, malah menyelamatkan satu keluarga lain dalam tragedi tersebut.
Ketika kapal terbang itu mula terhempas, beliau sangkakan tidak akan melihat lagi isteri dan anak perempuannya.
Akhirnya beliau dapat merasakan darah mengalir di wajah dan mula berfikir beliau belum mati.
Gregg meninggal dunia ketika berusia 87 tahun pada bulan lepas.
Bekas penjaga gol Manchester United dan Ireland Utara ini juga pernah bermain bersama Stoke City dan Doncaster Rovers.
Selepas bersara beliau berada dalam bidang pengurusan selama 20 tahun.
Akan tetapi, beliau mungkin akan diingati selama-lamanya selepas satu tindakannya pada tragedi di Munich yang belaku pada petang 6 Februari 1958.
Sekurang-kurannya satu keluarga akan terus mengingatinya.
The Munich Air Crash akan terus terpahat secara khusus dalam sejarah kelab bola sepak Manchester United dan juga dalam sepak bola Inggeris secara keseluruhannya.
Peristiwa ngeri itu berlaku ketika pasukan tersebut ingin pulang selepas seri 3-3 menentang Red Star Belgrade di Yugoslavia, peristiwa itu juga telah didokumentasikan dengan baik.
Selepas berhenti untuk mengisi bahan api di Munich, pesawat itu cuba berlepas sebanyak dua kali.
Tetapi dibatalkan kerana gagal untuk memecut dengan kelajuan yang cukup untuk terbang ke udara.
Percubaan kali kali ketiga juga gagal kerana landasan dipenuhi dengan salji. Namun pada kali ini pesawat tergelincir dan terhempas di kawasan perumahan sekitar.
23 dari 44 yang berada di dalam pesawat meninggal dunia, 8 daripadanya pemain Manchester United.
Harry Gregg adalah salah seorang penumpang yang pertama berjaya keluar dari bangkai pesawat yang terbakar dan percaya hanya dirinya seorang sahaja yang terselamat.
Ini disebabkan kejadian itu terlalu dasyat yang pada mulanya beliau sendiri tidak merasakan dirinya akan terselamat.
Walau bagaimanapun, dia dengan cepat dapat mendengar suara beberapa orang lain yang masih hidup berada di dalam bangkai pesawat. Mereka berada dalam bahaya.
Beliau mengimbas kembali detik-detik ini di dalam dokumentari The Busby Babes: End of a dream marking the 40th anniversary of the crash in 1998.
Saya mendengar tangisan kanak-kanak dari bangkai pesawat, Kapten Thain berlari dari kokpit dan menjerit, lari , pesawat akan meletup.
Beberapa orang berlari sambil menjerit lari, lari, lari namun saya memanggil mereka kembali semula.
Terdapat orang masih hidup di dalam pesawat dan mereka perlu dikeluarkan. Namun semua tidak mengendahkannya.
Saya pergi ke tempat suara yang saya dengar. Saya berasa agak takut dengan apa yang akan jumpa.
Di bawah timbunan sampah, saya nampak seorang bayi sedang merangkak dan saya terus mendapatkannya dan berlari membawanya keluar dari persawat.
Kanak-kanak itu bernama Vesna Lukic, berusia 22 bulan pada masa kejadian.
Anak itu sedang dalam perjalanan bersama ibunya, Vera seorang isteri diplomat Yugoslavia.
Ketika yang terselamat berlari menyelamatkan diri, Gregg bertindak sebaliknya dengan kembali ke dalam pesawat mempertaruhkan nyawanya.
Dengan bau bahan api yang kuat dan api yang menyala di kawasan sekitar, Gregg masuk mendapatkan Vera Lukic.
Tidak hanya ibu dan anak tersebut, Gregg juga kembali dengan mengeluarkan rakannya Bobby Charlton dan Dennis Viollett.
Jika tidak kerana Gregg mungkin kesemua dari mereka boleh maut dalam tragedi tersebut.
Bercakap melalui dokumentari yang sama, Vesna Lukic amat menyanjung tinggi tentang lelaki yang menyelamatkan nyawanya,
Saya selalu merasakan Harry adalah seorang yang hebat, beliau sorang sesuatu yang luar biasa.
Dalam keluarga kami, beliau dianggap sebagai seorang wira. Kami tidak akan berada disini jika tidak kerana Gregg.
Beliau memberitahu tahu saya yang beliau sudah keluar dari pesawat dan sedang berlari menuju ke hutan berhampiran.
Namun beliau mendengar tangisan saya, beliau terus teringat anaknya Lynda di rumah yang hampir sebaya dengan saya.
Gregg megnyerahkan saya kepada pramugari yang bernama Rosemary Blakely. Pramugari tersebut membawa saya ke kenderaan perubatan.
Begitulah kenapa boleh sampai ke hospital. Sementara itu Gregg kembali ke dalam pesawat untuk mengeluarkan ibu saya.
25 tahun selepas tragedi tersebut, keluarga Lukic dan Gregg bertemu semula dalam satu rangcangan televisyen di Swansea.
Pada ketika itu Gregg merupakan salah seorang pengurus pasukan bola sepak.
Ketika kejadian, ibu saya sedang mengandung 3 bulan. Kandungan itu kini bernama Zoran, seorang lelaki.
Zoran mula menjadi wartawan dan juga melakukan perkhidmatan dalam tentera.
Gregg sorang yang hebat, jika tidak kerananya maka kami semua tiada disini termasuk Zoran.
Dalam sebuah dokumentari sekitar tahun 2008 melalui BBC, sempena ulangtahun ke-50 tragedi Munich, Harry Gregg bertemu dengan Zoran Lukic.
Zoran pada ketika itu berusia 49 tahun memberitahu kepada Gregg,
Saya sentiasa mahukan peristiwa ini berlaku. Saya mahu bertemu dengannya, melihat wajahnya dan berterima kasih kepadanya.
Saya adalah penumpang yang ke-3 beliau selamatkan, namun pada ketika itu Gregg tidak menyedarinya.
Gregg sebagaimana yang selalu dia lakukan, cuba merendahkan jasa yang dilakukan pada 1958.
Anda tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada saya kerana saya telah melakukan apa yang perlu dilakukan tanpa memikirkannya.
Saya telah hidup dengan panggilan wira, tetapi saya senenarnya bukan seorang wira.
Ia cuma satu tindakbalas yang kita tidak sedar. Pada hari kejadian, saya tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Ramai orang selalunya tidak mahu menerima apa yang telah mereka lakukan, kebanyakan atas perkara buruk yang mereka lakukan.
Tetapi Harry Gregg menjadi sebaliknya. Beliau mungkin tidak tahu berapa besarnya tindakan dan jasa yang dilakukannya kepada sesetengah orang.