Harry Kane Cedera Di Buku Lali

Kapten England, Harry Kane mungkin akan terlepas aksi England yang seterusnya.

Kane mengetuai pasukannya dalam kemenangan dominan 6-2 pasukannya ke atas Iran dalam perlawanan pembukaan kejohanan di Qatar.

Tetapi dia kelihatan mengalami masalah dengan buku lali lima minit memasuki babak kedua selepas terjahan dari belakang oleh Morteza Pouraliganji.

Penyerang itu hanya mampu bertahan selama 25 minit lagi selepas bentesan itu, dan kemudian dikeluarkan untuk digantikan dengan bintang Newcastle United, Callum Wilson.

Pengurus England, Gareth Southgate sebelum ini tidak mengambil serius tahap kecederaan Kane selepas kemenangan itu, walaupun Kane dilihat berjalan dengan terhincut hincut.

Southgate yakin penyerang itu cuma mengalami kesakitan sedikit.

Namun kini, ceritanya berbeza. Southgate mendapat tahu bahawa pemain itu mengalami kecederaan di buku lali dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya untuk menentukan tahap sebenar kecederaan Kane.

Kane akan menjalani imbasan pada buku lalinya sebelum Three Lions menentang Amerika Syarikat pada malam Jumaat.

Southgate sangat berharap kecederaan tidak serius dan tidak akan menjejaskan persiapannya menjelang perlawanan penting dengan Amerika Syarikat.

Kini doktor pasukan akan membuat pemeriksaan dan akan memberikan laporan segera kepada Southgate.

Walaupun Kane memiliki rekod kecergasan yang sangat baik, namun 2 kecederaan terakhir yang dialaminya adalah kecederaan di buku lali.

Kane menjadi pemain penting Southgate sejak dia mengambil alih pengurusan England.

Kane juga antara penyerang yang dianggap berkelas dunia pada generasinya.

Pada 2018, Kane mengetuai negaranya mara sehingga ke separuh akhir. Kemudian mereka mara ke final Euro 2020 sebelum tewas di tangan Itali.

Southgate mungkin tidak akan mengambil risiko untuk menurunkan Kane dan menggunakan pemain lain untuk aksi berdepan AS yang akan datang.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari