Bayern Munich masih berusaha mendapatkan Harry Kane. Dan dikatakan bidaan mereka masih £25 juta kurang daripada angka yang diminta oleh Daniel Levy.
Levy sentiasa berkeras bahawa harga Harry Kane bermula £100 juta terutama sekali selepas Declan Rice menyertai Arsenal dengan £105 juta.
Deniel Levy sudah didesak oleh lembaga pengarah dan Joe Lewis sendiri bahawa dia harus memudahkan urusan menjual Kane. Memandangkan pemain itu tak mahu melanjutkan kontrak baharu.
Kelab tidak mahu kehilangan Kane secara percuma begitu sahaja. Kane kini memasuki tahun terakhir dalam kontraknya.
Daniel Levy has been told by Joe Lewis he must sell Harry Kane if no new contract is agreed. [@TelegraphDucker] pic.twitter.com/udH1IrOyMJ
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) July 24, 2023
Satu perkembangan terbaru, Harry Kane dikatakan sedia melanjutkan kontrak baharu dengan Spurs jika rundingan dia ke Bayern gagal pada kali ini.
Spurs sedang menawarkan Kane kontrak dengan gaji £400 ribu seminggu.
Kenapa Kane nak lanjutkan kontrak?
Kane setuju untuk membantu kelab itu dari segi kewangan. Di mana dia boleh meninggalkan kelab itu di masa akan datang dengan harga yang tinggi kerana baki kontrak yang ada.
Sebenarnya beberapa tahun lalu, Levy pernah berjanji akan menjual Kane jika pada tahun ketiga selepas dia melanjutkan kontrak Spurs masih tidak menang trofi.
Malangnya Levy memungkiri janjinya. Dengan alasan 2 pasukan yang serius mahukan Kane adalah dari EPL iaitu Man United dan Man City.
Man City malah sudah sangat yakin akan dapat menandatangani Kane dengan harga £100 juta pada masa itu. Namun hampa apabila Levy tidak mahu menjual pemain itu ke kelab Inggeris.
Adakah Spurs akan menepati janji mereka untuk menjual Kane ke kelab lain pada tahun tahun akan datang, jika pemain itu mahu pergi?
Berbalik kepada cerita Kane nak sign kontrak baharu,, Kane dilaporkan cuma mahu ke Bayern Munich pada masa ini. Dan pilihan kedua dia adalah Spurs yang dia sayangi.
Dia tidak mahu ke PSG yang turut sedia mendapatkan pemain itu.
Walaupun sebelum ini terdapat laporan bahawa Kane sedia untuk meninggalkan kelab itu secara percuma, mungkin hatinya sudah lembut sikit pada masa ini.
Ianya kerana Kane melihat kesungguhan pengurus baharu Ange Postecoglu dalam usahja untuk membangkitkan semula kelab itu.
‼️BREAKING:
Harry Kane is prepared to negotiate a contract extension with #Tottenham during the early months of the upcoming season if they show significant progress on the pitch under Postecoglou.@Dan_KP pic.twitter.com/WgRIHxa1bi
— The Spurs Watch (@TheSpursWatch) August 1, 2023
Terbaru, Spurs berjaya menikmati pra musim yang baik dan memenangi aksi piala pra musim iaitu Piala Tiger. Spurs menang 5-1 ke atas Lion City Sailor di Singapura.
Kane melihat kesungguhan setiap pemain bekerja dengan Postecoglu.
Kane kini berharap Bayern akan dapat menyelesaikan perpindahannya sebelum perlawanan pertama menentang Brentford dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.
Jika dia berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan itu, Kane berkemungkinan besar akan terus kekal dan sedia untuk berunding semula kontrak baharu dengan Spurs.
Harry Kane has made it clear to #Tottenham that he plans to stay at Spurs if he lines up at Brentford in less than two weeks time.
Kane is prepared to negotiate a contract extension in the early months of the season if they show significant progress under Ange.
[@Dan_KP] 🥇 pic.twitter.com/pgfi1WZN0w
— Tottenham Tiers (@TottenhamTiers) August 1, 2023